Wednesday, 17 August 2016

RESEPI DAGING MASAK DENDENG

Tags


Bahan:

(**)1kg daging
(**)10 ulas bawang merah | dikisar halus
(**)5 ulas bawang putih | dikisar halus
(**)3sm lengkuas | dikisar halus
(**)3sm halia | dikisar halus
(**)5 batang serai | dikisar halus
(**)5 sudu cili giling | dikisar halus
(**)Kunyit sedikit | dikisar halus
(**)2 helai daun kunyit | dihiris halus
(**)1 sudu makan ketumbar | disangai dan dikisar halus
(**)1 sudu makan jintan manis | disangai dan dikisar halus
(**)1 sudu makan jintan putih | disangai dan dikisar halus
(**)1kg santan pekat
(**)50gm gula Melaka
(**)3 sudu makan kerisik
(**)15ml air asam jawa
(**)Garam secukup rasa

Bahan Tumis:

(**)2 batang kayu manis
(**)4 kuntum bunga lawang
(**)5 batang bunga cengkih
(**)6 biji buah pelaga

Cara:

(**)Gaulkan daging dengan ketumbar, jintan manis dan jintan putih yang telah dikisar, perap semalaman.
(**)Setelah diperap, masukkan daging yang diperap ke dalam kuali. Masukkan sedikit air dan masak dengan api perlahan hingga daging empuk. Angkat dan ketepikan.
(**)Kemudian, panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik bau atau pecah minyak.
(**)Selepas itu, masukkan daging dan gaul rata. Masukkan santan dan kerisik, kacau tanpa henti dengan api yang kecil.
(**)Masukkan air asam jawa, gula Melaka, daun kunyit dan kacau hingga kering. Bila rendang sudah kering, baru tambah garam secukup rasa.
(**)Hidangkan dan sedia dinikmati.


EmoticonEmoticon