Wednesday, 17 August 2016

RESEPI AYAM GORENG PEDAS ALA KOREA (YANGNYEOM CHICKEN)

Tags


Bahan untuk ayam goreng:

(**)16 ketul ayam bahagian kepak
(**)1 sudu kecil garam
(**)Secubit lada hitam
(**)1/2 sudu kecil halia parut
(**)1/2 cawan tepung jagung
(**)Minyak untuk menggoreng (kira-kira 5 hingga 6 cawan)

Ini bahagian yang penting untuk menyediakan sos pedas Korea:

(**)2 sudu besar bawang parut
(**)1 sudu besar bawang putih cincang
(**)1 sudu kecil halia parut
(**)1 sudu besar kicap
(**)4 sudu besar cuka kurma
(**)2 – 3 sudu besar sos pedas (jenama Frank Original)
(**)4 sudu besar sos cili atau sos tomato (jenama Heinz)
(**)2 sudu besar sos gochujang
(**)2 sudu besar sirap jagung atau madu
(**)1 sudu besar gula (atau lebih untuk rasa)
(**)1/2 sudu kecil dijon mustard
(**)1 sudu kecil minyak bijan

Bahan hiasan:

(**)1/2 sudu kecil biji bijan

Cara membuat:

(**)Mula-mula campurkan ayam dengan garam, lada dan halia. Perap selama 20 hingga 30 minit.
(**)Panaskan kuali dengan api yang kecil. Tambah 1 sudu besar minyak masak dan kemudian bawang, bawang putih dan halia. Kacau selama satu minit sehingga wangi. Tambah semua bahan sos yang lain dan kacau rata. Masak hingga pekat kira-kira 4 hingga 5 minit. Matikan api.
(**)Buang mana-mana air yang berlebihan dari ayam yang diperap. Gaul ayam dengan tepung jagung hingga sama rata.
(**)Tambah minyak ke dalam kuali untuk deep fry. Panaskan minyak kepada 320 ° F. Masukkan ayam ke dalam minyak, satu bahagian pada satu masa. Gorengkan dalam dua kelompok. Masak hingga warna keemasan, kira-kira 5-7 minit, bergantung kepada saiz ayam.
(**)Panaskan minyak hingga 370 ° F. Masukkan ayam dan goreng lagi selama 2 hingga 3 minit sehingga keemasan. Letakkan di atas penapis untuk tos minyak.
(**)Panaskan sos dengan api kecil. Masukkan ayam dan kacau sama rata, pastikan semua disalut dengan sos pedas. Taburkan dengan bijan.


EmoticonEmoticon