(**)Bila tiba musim durian, berpusu-pusu warga kota yang ingin pulang ke kampung halaman untuk menikmati durian kampung. Adanya sehingga membawa bekalan durian pulang ke rumah.
(**)Namun, apa yang ramai takuti apabila menyimpan durian di dalam kereta adalah bau durian yang susah untuk dihilangkan dengan pantas. Ada yang ambil masa berminggu-minggu untuk diredakan.
(**)Beberapa petua berkesan yang boleh anda cubai untuk menghilangkan bau durian dalam kereta. Juga boleh untuk dicuba kala di rumah.
(**)Kopi
(**)Kopi mempunyai aroma yang kuat dan wangi. Ia mampu menyerap segala bau yang kurang menyenangkan di persekitarannya. Bancuh segelas kopi dengan air panas. Biarkannya selama 20 minit di dalam bonet kereta. Bau durian tersebut akan hilang serta merta selepas itu.
(**)Roti
(**)Roti juga mampu menghilangkan bau durian di dalam kereta. Caranya adalah dengan meletakkan beberapa keping keping roti di dalam bonet kereta selama dua hari. Anda tidak lagi runsing dengan masalah bau durian yang kurang menyenangkan di dalam kereta.
(**)Cuka
(**)Dengan meletakkan semangkuk cuka di dalam bonet kereta untuk beberapa jam, ia dapat menghindar bau kepam durian yang kuat di dalam kereta dan bonet kereta anda. Cubalah!
(**)Arang
(**)Terbukti berkesan apabila anda meletakkan beberapa ketul arang ke dalam bonet kereta. Ia bukan hanya mampu menyerap bau durian, malah juga bau hapak yang tidak menyelesakan.
(**)Daun Pandan
(**)Letakkan beberapa helai daun pandan di dalam bonet kereta yang dipenuhi dengan bau durian. Bau tersebut akan hilang dengan secepatnya.
EmoticonEmoticon