Sunday, 7 August 2016

3 Cara Detoks Dengan Cepat

Tags


(**)Boleh kata rutin harian serta bebanan komitmen kita dengan kerja masa kini membuatkan ramai yang tiada masa untuk melakukan aktiviti yang baik untuk mengeluarkan toksin dari tubuh badan, senaman misalnya.

(**)Sedangkan tubuh perlukan detoks demi memastikan tubuh yang sihat sepanjang masa. Dengan mengamalkan gaya detoks seperti mengamalkan pemakanan sihat dan berkhasiat membantu kita lebih bertenaga.

(**)Namun, ia bukan sekadar berlandaskan corak pemakanan yang sihat, malah juga tergantung pada minuman yang kita ambil. tiga jenis minuman detoks yang anda patut ambil sebagai rutin harian.

(**)Air Lemon
(**)Mulakan hari anda dengan secawan air lemon panas dan ia mampu untuk membakar lemak dalam tubuh. Ia juga membantu tubuh kita untuk detoks dan mengawal sistem penghadaman. Jadi, cuba amalkan mengambilnya setiap kali bangun pagi. Sebaiknya gunakan air panas untuk lebih berkesan.

(**)Teh Hijau
(**)Teh hijau kaya dengan bahan anti-oksida yang mana melawan penyakit dan dalam masa yang sama membantu hati untuk berfungsi dengan baik. Bukan itu sahaja, dengan pengambilan teh hijau juga boleh membantu badan anda dalam meningkatkan kerja-kerja detoksifikasi.

(**)Jus Buah-buahan dan Sayur-sayuran
(**)Jika anda mempunyai mesin menghasilkan jus di rumah, ada baiknya anda mencuba resipi jus detoks ini yang mana memerlukan bahan-bahan detoks semula jadi seperti bayam, buah lemon dan halia. Amalkannya pengambilannya setiap hari untuk detoks yang lebih cepat.


EmoticonEmoticon