Wednesday, 24 August 2016

Makanan Mesti Ambil Ketika Datang Bulan

Tags


(**)Apabila tiba waktunya setiap wanita akan mengalami haid atau orang kita biasa panggil ‘datang bulan’. Dan untuk sebahagian perempuan selalunya beberapa hari sebelum tiba haid selera makannya bertambah-tambah.

(**)Dan ramai juga wanita yang berasa tidak selesa bila haid, ada yang berasa sakit (senggugut) serta makan lebih banyak dari biasa.Tapi dalam apa jua keadaan, anda dinasihatkan tetap menjaga pemakanan.

(**)Datang bulan bukan alasan untuk anda makan apa sahaja. Ya, mungkin selera makan bertambah tapi lebih bagus apa yang anda ambil itu bermanfaat untuk tubuh dan mungkin mengurangkan kesakitan dan rasa tidak selesa sewaktu haid.

1. Buah-buahan
(**)Buah-buahan bagus dalam melancarkan sistem penghadaman. Lebihkan pengambilan buah-buahan segar sewaktu period atau beberapa hari sebelum datang haid agar tiada masalah penghadaman. Pisang misalnya kaya dengan potassium dan magnesium, ia membuatkan anda tidur lebih selesa di waktu malam.

2. Sayur-sayuran
(**)Jamu perut anda dengan sayur-sayuran hijau, lebih-lebih lagi yang kaya dengan iron dan vitamin B kerana ia mengandungi fiber yang tinggi, yang mana khasiat tersebut baik untuk sistem penghadaman yang selalunya dikaitakan dengan kitaran haid saban bulan. Antaran yang elok diambil ialah brokoli kerana ia kaya dengan fiber serta kalsium, vitamin A, C, B6 dan E yang elok dalam meredakan ketidakselesaan perut yang kembung ketika haid.

3. Kekacang
(**)Bila terasa lapar lebih elok isi perut dengan kekacang daripada makanan ringan yang tinggi kalori. Kekacang mewah dengan khasiat omega 3 dan lemak yang baik untuk tubug. Jadiken kekacang sebagai snek ketika lapar bukan untuk dijamah sehingga kenyang ya.

4. Bijirin
(**)Fiber yang terkandung dalam bijirin juga bagus dalam melancarkan sistem penghadaman. Ia juga mengandungi karbohidrat kompleks yang turut mengandungi vitamin serta mineral.

5. Daging Merah
(**)Adalah penting untuk anda ‘mengisi’ semula darah yang hilang. Pengambilan iron sangat penting sewaktu datang bulan. Daging merah misalnya mengelakkan masalah anemia. Dan andai kata anda bukanlah orang yang menggemari daging merah mungkin anda boleh gantikan dengan pengambilan makanan tambahan yang mengandungi iron yang tinggi.


EmoticonEmoticon