(**)“I tak suka tengok you rapat dengan dia, I kan girlfriend you!”, “You tak payah ikut kawan-kawan you pergi pulau, I tak suka perangai liar macam tu!”, “Ha! Mata tu kalau tak meliar tak boleh ke?” pastinya ungkapan sebegini menjadi satu tohmahan yang sudah lali di dengar bagi pasangan yang dikongkong.
(**)Mungkin kamu jenis yang suka mengongkong tak tentu fasal? Tak salah kalau kongkong benda yang patut, tapi janganlah sampai keterlaluan pula. Impak dari dikongkong secara keterlaluan akan memudaratkan hubungan kamu.
Mula Menipu
(**)Akibat terlalu di control, pasangan kamu mungkin akan mula untuk menipu supaya tidak berlakunya pergaduhan. Pada dia hal yang di control itu tidak memudaratkan hubungan pun, jadi jalan penyelesaiannya ialah menipu pasangan.
Main Kayu Tiga
(**)Lama kelamaan si dia akan naik bosan kerana asyik di kongkong dan mula mencari ‘sesuatu’ yang baru iaitu, skandal. Kamu akan jadi parah bila sang skandal pandai melayani pasangan kamu, silap haribulan dia akan lari tinggalkan kamu yang kaki control!
Hubungan Jadi Dingin
(**)Setiap kali kamu mengongkong, mungkin akan terjadi pergaduhan. Kalau hal ini berlarutan sehingga kadang-kadang hampir setiap hari bergaduh, lama kelamaan hubungan kamu dengan si dia akan jadi dingin. Tiada lagi keseronokan bercinta mana taknya kalau setiap pergerakannya di kawal oleh kamu.
EmoticonEmoticon