Sunday, 24 July 2016

Resepi Mee Bandung Simple

Tags


Bahan-bahan:

(**)1 peket mee kuning
(**)4-6 ekor udang basah
(**)50g udang kering ( blend )
(**)1/2 biji bwg besar
(**)3 ulas bwg putih
(**)5 tangkai cili kering
(**)2 biji keledek (size kecil) - direbus dan dilenyek @ suku cawan kacang tanah goreng(dtumbuk) - klu tk nk letak pon tkpe tp lebihkan udang kering supaya kuah pekat.
(**)4 biji telur
(**)sawi
(**)bawang goreng
(**)Hirisan cili merah
(**)Air rebusan daging
(**)Gula
(**)Garam
(**)hirisan daging
(**)limau kasturi / limau nipis
(**)tauhu goreng - hiris nipis

Cara-cara

(**)1. Celur mee kuning
(**)2. Blend bawang besar, bawang putih, cili kering. Panaskan minyak dan tumis hingga cili masak.
(**)3. Masukkan udang kering yang telah diblend hingga naik bau. Kemudian masukkan air rebusan daging,keledek lenyek/ kacang tanah, hirisan daging dan udang basah. Didihkan. Masukkan pula gula dan garam secukup rasa.
(**)4. Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji2. Jangan kacau supaya telur tidak pecah. Biarkan telur masak/separuh masak (terpulang). Akhir sakali masukkan sawi.
(**)5. Tutup api. Curahkan di atas mee. Dan hiaskan dengan bawang goreng, tauhu, hirisan cili dan limau kasturi. Siap untuk dimakan.


EmoticonEmoticon