Bahan-bahan:
(**)1 paket spaghetti (direbus dengan air dan 1 sudu besar minyak sehingga lembut)
**Bahan A - (direbus dan dimesin - asingkan) **
(**)Ikan kembong + ikan parang (jika suka) - 1 kilo
(**)Udang basah 100gm
(**)Isi ikan kurau - 10 gram dibakar
(**)1 1/2 paket kecil udang kering 50gm
**Bahan B (dimesin)**
(**)Bawang besar - 3 biji
(**)Cili kering - 15 tangkai
(**)Halia - 2 ibu jari
(**)Lengkuas - 2 ibu jari; kunyit hidup - 2 ibu jari
(**)Serai - 2 batang diketuk untuk tumis
(**)Asam keping - 2 keping (masuk dalam kuah)
(**)Santan pekat 1 kotak / lebih
(**)1 paket kerisik
(**)1 paket kecil rempah kari
(**)Bawang putih -3/4 ulas
**Bahan Hias**
(**)Limau kasturi belah 2 dan buang biji
(**)Timun di racik halus
(**)Tauge buang ekor (segar)
(**)Jeruk chaipo (dihiris kasar / yang sudah siap cincang dalam paket)
(**)Bawang besar - hiris halus
(**)Lada merah/lada hijau - dihiris
(**)Daun kesum / daun selasih (utk hiasan) dan sedikit bunga kantan diracik halus (daun kesum & bunga kantan dimasuk juga dalam kuah)
(**)Kicap kipas udang / kicap manis
** Sambal Belacan
(**)Lada merah 5/6 biji
(**)Belacan melaka - 30 gram dibakar
(**)Bawang Merah 1 biji kecil, garam dan sedikit Ajinomoto
Cara-cara:
(**)Rebuskan ikan, udang, udang kering dan isi ikan kurau bakar dan asingkan tulang dan mesin hingga halus bersama air rebusan.
**Penyediaan kuah**
(**)1. Tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B hingga wangi.
(**)2. Bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam 1/2 minit .
(**)3. Masukkan ikan/udang/udang kering dan ikan kurau kering yang dimesin.
(**)4. Masukkan santan pekat, kerisik diikuti dengan 2 mangkuk air.
(**)5. Masukkan asam keping.
(**)6. Tambah garam dan gula untuk rasa.
(**)7. Masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan didalam peti sejuk.
**Sambal belacan**
(**)Mesinkan semua bahan dan hidangkan.
(**)Selamat mencuba.
EmoticonEmoticon