(**)Kadang-kadang, kaum wanita terutamanya sering dihantui dengan masalah lemak degil di serata badan. Antara lemak yang paling sukar untuk dihapuskan adalah di kawasan sekitar lengan.
(**)Cuba anda banyangkan apabila baju baru yang anda beli itu tidak dapat digayakan dengan sempurna dek kerana lengan yang besar. Badan saiz M tetapi lengan pula bersaiz L. Masalah bukan?
(**)Oleh itu, ini petua ringkas bagaimana anda boleh hapuskan lemak di lengan secara efisyen.
(**)#1 Kawal Kalori Anda
(**)Untuk mengecilkan lengan, anda harus tahu saiz pengambilan kalori yang sepatutnya. Cuba kira kuantiti kalori yang anda ambil.
(**)Bagaimana pun, fokus kepada kualiti makanan dan bukannya kepada kuantiti makanan.
(**)Mengurangkan lemak dilengan sebenarnya lebih mudah berbanding di bahagian badan yang lain seperti perut dan pinggul. Amalkan diet sihat okay?
(**)#2 Hidrasi
(**)Tahukah anda bahwa 70% bahagian lengan adalah terdiri dari air? Dan selebihnya adalah otot.
(**)Jika anda mahu mengurangkan lemak di lengan, anda harus tahu mengawal kadar pengambilan air dan hidrasi badan anda.
(**)Anda harus minum 8 hingga 12 gelas air sehari kerana dengan meminum air cukup anda sebenarnya dapat mengeluarkan toksin daripada badan.
(**)#3 Paksa Lengan Untuk Bersenam
(**)Bersenamlah. Ada pelbagai jenis senaman lengan yang boleh anda lakukan.
(**)pastikan anda lakukan senaman yang bersesuaian dengan jantina anda.
(**)#4 Sumber Makanan Yang Baik
(**)Jika anda mempunyai berat badan berlebihan, kawal cara pemakanan anda. Cuba ambil makanan yang mempunyai zat protein (ikan, daging yang tidak berminyak) serta karbohidrat (sayuran dan buah-buahan)
(**)#5 Lakukan Regangan
(**)Siapa kata anda tidak akan ada masa untuk lakukan senaman jika masa anda hanya tertumpu untuk berada di pejabat?
(**)Meskipun anda duduk di meja pejabat sepanjang hari, sekali-sekala, lakukanlah regangan lengan. Sedtidak-tidaknya, ia dapat menghapuskan lemak lengan anda. Jangan malas untuk menggerakkan lengan anda!
(**)Dalam masa yang sama, ia turut bisa melancarkan aliran darah ke seluruh badan.
(**)#6 Menari
(**)Tahukah anda jika anda menari selama 30 minit sehari anda sebenarnya dapat menghapuskan lemak di lengan?
(**)Menari dapat penggalakkan pergerakkan lengan anda tanpa anda sedari, bahkan ia juga tidak menyakitkan kerana anda sedang berseronok kala melakukannya :)
(**)#7 Lompatan “Jumping Jack”
(**)Ada pakar senaman yang berpendapat bahawa kaedah senaman lompatan “jumping jack” ini dapat menghapuskan lemak di lengan.
(**)Dalam masa yang sama, senaman lompatan ini turut bisa menguatkan otot-otot di badan.
(**)#8 Lompat Tali & Tekan Tubi
(**)Kedua-dua perbuatan ataua senaman ini sememangnya memerlukan pergerakkan tangan. Tekanan yang diberikan kepada bahagian tangan, lengan dan bahu secara tidak langsung bisa merangsang pembakaran lemak.
(**)Jadi, apa anda tunggu lagi? Manfaat kesemua langkah ini untuk buang lemak berlebihan di bahagian lengan. Say no more to flabby arms! Tetapi harus diingatkan supaya anda perlu rajin. Jangan malas lakukan senaman serta tahan nafsu daripada makan makanan berkalori penuh.
(**)Selamat mencuba!
EmoticonEmoticon