Sunday 17 July 2016

5 PETUA BERKESAN HALAU SEMUT DARI MENDEKATI MAKANAN

Tags


(**)Letak sahaja makanan di meja makan, mulalah semut datang. Ada gula ada semut, itu orang zaman dahulu cakap tapi sekarang asal ada makanan ada semut. Lagi-lagi semut yang kecil, nak disembur racun serangga, makanan pula yang dihurungnya.

(**)Dah tu nak buat apa bila semut datang hurung makanan? Ini beberapa petua mudah untuk menghalau semut dari mendekati makanan.

(**)1. Sembutkan air limau nipis di kawasan yang dikenal pasti sebagai kubu semut. Limau nipis mengandungi asam yang boleh menghalang pergerakan semut.

(**)2. Tanam jenis beberapa pohon seperti Lavender atau tumbuhan Mint. Tumbuhan ini memiliki aroma yang tidak digemari serangga seperti semut. Sebaiknya tanamlah di halaman yang sering terjadi berkumpulnya semut.

(**)3. Bahan – bahan seperti kulit kayu manis, bunga cengkih, serbuk penaik, kulit limau dan kapur juga boleh ditaburkan di kubu semut.

(**)4. Gunakan silika gel di ruangan penstoran yang lembap, kelembapan biasanya memancing bau yang mengundang semut.

(**)5. Bersihkan ruang penstoran dan lain-lain secara rutin daripada sisa makanan. Kebersihan ialah kunci penting untuk menghindarkan semut dari menyerbu ke kediaman anda.


EmoticonEmoticon