Friday 15 July 2016

Cara Melawan Keletihan

Tags


(**)Apa yang menyebabkan tubuh menjadi penat atau letih? Menurut pakar, antara punca utamanya ialah tidak cukup tidur, tidak menjaga hal pemakanan, tekanan (stres) dan juga tidak bersenam. Jadi, berdasarkan faktor-faktor tersebut kita sendiri tahu apa yang patut kita lakukan untuk mengembalikan kecergasan.

(**)cara-cara untuk melenyapkan rasa letih.

(**)Kamar Tidur Yang Selesa
(**)Pastikan anda tidur antara tujuh ke lapan jam sehari. Banyak faktor penyumbang kepada kualiti tidur, misalnya tempat tidur mestilah selesa dan bersih. Sebaiknya tidur dalam gelap, namun andai perlukan cahaya pastikan ia paling minimum. Pemilihan bantal juga penting.

(**)Minum Air Dengan Cukup
(**)Selain melengkapkan lapan gelas air suam sehari, anda boleh tambah dengan meminum air barli kerana ia mengandungi iron yang menentang kelesuan. Boleh juga diperahkan dengan sedikit lemon untuk khasiat antioksidan juga vitamin C. Anda juga boleh mengadun air kosong bersama madu.

(**)Senaman Ringkas
(**)Jika anda tidak punya masa yang banyak untuk ke gimnasium atau melakukan senama secara formal seperti yoga mahupun pilates, apa kata anda luangkan masa berjalan selama 10 minit setiap hari, dan dari masa ke semasa anda boleh panjangkannya ke 20 atau 30 minit.


EmoticonEmoticon