Friday 15 July 2016

5 Putera Kerabat Diraja Kacak Di Dunia

Tags


(**)Jika sebut sahaja kerabat Diraja apa yang terbayang di fikiran adalah kaum kerabat dihormati rakyat jelata yang mempunyai kriteria serta gaya yang tersendiri.

(**)Namun, tidak ramai yang kenal akan putera raja yang cukup bergaya dan kacak di mata, yang popular dan kerap menerima liputan media ialah Putera Williams dan Putera Harry.  Sebenarnya ramai lagi putera-putera raja yang ‘hot’ dari serata dunia.

(**)Senarai putera kerabat Diraja yang kacak di dunia.


(**)Putera Carl Philip, Duke of Värmland, Sweden

(**)Putera raja kepada King Carl XVI Gustaf dan Queen Silvia Sweden ini kini berusia 37 tahun. Bukan hanya berpenampilan yang cukup kacak, bahkan dia juga seorang yang gemar bersukan. Putera Carl gemarkan aktiviti luar terutama sekali bola sepak, renang, belayar, dan meluncur ski. Kini putera kacak ini sudah pun berkahwin dengan mnodel terkenal, Sofia Hellqvist.


(**)Putera Sheikh Hamdan bin Mohammed Al Maktoum, Putera Mahkota Dubai

(**)Putera Sheikh Hamdan, anak kerabat Di-raja dari negara terkaya, Dubai mempunyai watak dan raut wajah yang cukup menarik perhatian wanita. Putera yang berusia 33 tahun ini lebih popular dengan nama Fazzam yang mana nama pena yang digunakannya apabil menerbitkan puisi hasil tulisannya yang majoriti cukup romantik, patriotik dan berkaitan dengan keluarganya. Putera raja dari Dubai ini juga dikatakan masih lagi single!


(**)Pengiran Muda Abdul Mateen, Putera Brunei

(**)Putera Raja Brunei ini juga sukakan aktiviti sukan. Bahkan aktif dengan kerja-kerja kebajikan. Putera Mateen juga gemarkan aktiviti skuba. Raut wajahnya yang kacak dan susuk tubuhnya cukup menyerlahkan jiwanya yang sukakan sukan, membuatkan Putera Raja dari Brunei ini agak terkenal hari ini di laman media sosial. Putera Mateen kini sudah pun meningkat usia 25 tahun dan beliau merupakan anak ke-10 kepada Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei dan isteri keduanya, Mariam.


(**)Tunku Abdul Rahman, Tunku Panglima Johor

(**)Tunku Abdul Rahman merupakan anak ke-5 kepada Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, Sultan Johor. Anakanda ke-5 Sultan Johor ini kini berusia 23 tahun. Tunku Abdul Rahman gemarkan sukan polo, bahkan turut cekap mengendali helikopter.


(**)Putera Amedeo, Putera Belgium, Archduke of Austria-Este

(**)Cukup tinggi, kacak dan bertanggungjawab, Putera Amedeo yang berusia 30 tahun ini bergelar pegawai simpanan di Belgian Army. Beliau sepatutnya menjadi yang ke-6 untuk memegang takhta Belgium, namun setelah berkahwin dengan bangsawan Itali Nob. Elisabette “Lili” Maria Rosboch von Wolkenstein, sekaligus beliau tidak lagi diambil kira untuk memegang takhta negaranya itu.


EmoticonEmoticon