Sunday 26 June 2016

Tip Menjaga Kebersihan Bawah Lengan

Tags


(**)Bukan hanya wajah sahaja yang perlu dijaga rapi dan bersih, tetapi penting juga untuk anda menjaga kebersihan di bahagian bawah lengan. Ia adalah kunci untuk kekal berkeyakinan sentiasa.

(**)Jika tubuh mengalami masalah bau badan, apa yang perlu dipersalahkan adalah bagaimana anda menjaga kebersihan pada bahagian bawah lengan. Jangan sampai orang di sekeliling anda menjauhkan diri dek kerana bau badan.

(**)Kongsikan tip penjagaan kulit bawah lengan.

(**)Jangan mencukur pada kulit kering atau tanpa sebarang penggunaan krim.
(**)Jika anda bercukur pada bahagian bawah lengan tanpa menggunakan sebarang krim, anda pasti tahu apa akibatnya pada kulit. Bukan hanya mengakibatkan melecet, malah boleh menyebabkan kulit kemerahan serta tidak menyelesakan. Jadi, pastikan anda mencukur tidak kira kala mandi atau pun gunakan krim mencukur.

(**)Lakukan pengelupasan pada kulit bawah lengan dari masa ke masa.
(**)Hakikatnya, bahagian bawah lengan kita mempunyai banyak sel kulit mati dan kotoran. Dengan pengelupasan yang kerap, ia baik dalam memastikan kulit sentiasa lembut. Pastikan anda menggunakan produk pengelupasan yang lembut kerana kulit pada bahagian bawah lengan adalah  sensitif.

(**)Gunakan kombinasi deodoran dan antiperspirant untuk mengelakkan peluh serta bau badan.
(**)Deodoran direka hanya untuk memastikan tiada bau badan ketika anda berpeluh. Manakala antiperspirant dicipta untuk memastikan tubuh tidak berpeluh pada awalnya. Guna deodoran yang mempunyai kombinasi kedua-duanya untuk kekal kering dan berbau segar sentiasa tidak kira apa sahaja yang anda lakukan.

(**)Berikan lembapan yang cukup setiap hari.
(**)Kulit di bahagian bawah lengan mudah berlaku masalah kekeringan, dan disebabkan itu anda perlu menggunakan pelembap pada bahagian tersebut seperti mana anda lakukan pada bahagian kulit yang lain. Hanya pastikan ia kekal hidrat dan segar sentiasa.

(**)Cuba lakukan waxing jika kulit bawah lengan anda mula menjadi gelap.
(**)Pakar mendapati bahawa kesan gelap di kulit bawah lengan sebenarnya bukan berpunca daripada kaedah mencukur. Tetapi ia sebenarnya merupakan bayangan bulu yang tertanam di bawah lapisan kulit dan menyebabkan kulit pada bahagian tersebut kelihatan sedikit gelap. Jadi, apa kata anda cuba kaedah waxing untuk membuang dan membersih kulit ketiak.


EmoticonEmoticon