Sunday 26 June 2016

Langkah-langkah Mencukur Dengan Betul

Tags


(**)Dengan dua kaki, dua bahagian bawah lengan dan kawasan bikini, ternyata wanita mempunyai bahagian yang lebih banyak untuk dicukur berbanding lelaki. Setiap bahagian yang perlu dicukur adalah berbeza, jadi teknik dan pemilihan pisau cukur yang digunakan amat penting.

(**)Ketahui langkah-langkah yang betul dalam bercukur serta tip penting agar kaki bebas bulu tampil licin dan lembut!

(**)Caranya:

(**)Persediaan
(**)Biarkan bulu anda lembut di dalam pancuran air terlebih dahulu (dalam 3 minit) sebelum bercukur. Kemudian oles krim bercukur atau sabun mandian yang lembut pada kaki dengan cara membulat untuk memudahkan proses bercukur. Gunakan krim yang berformulakan gliserin atau mentega sayur untuk kulit yang kering manakala lidah buaya atau mil oat sesuai untuk kulit sensitif.

(**)Bercukur
(**)Mulakan dari atas buku lali dan tarik ke atas dengan skala yang pendek, namun ulanginya beberapa kali. Bilas mata pisau cukur setiap beberapa tarikan. Tegangkan kulit dengan posisi kaki 90 darjah, dan cukur dari tengah lutut ke tepi.

(**)Bahagian sulit
(**)Bulu di bawah lengan dan bahagian bikini tumbuh agak bersepah, jadi teknik bercukur dari arah berbeza-beza adalah langkah terbaik. Cukur bawah lengan dengan pergerakan membentuk huruf ‘T’, gerakkan pisau cukur ke bawah kemudian melintang. Pada bahagian bikini pula oles krim pencukur dengan rata kemudian mulakan bercukur mengikut arus bagi mengelakkan iritasi dan barulah bercukur menentang arus iaitu dari luar ke dalam untuk menanggalkan sisa-sisa bulu.


EmoticonEmoticon