Tuesday, 21 June 2016

Tabiat Yang Merosakkan Rambut

Tags


(**)Semua orang tahu bahawa banyak perkara drastik yang sering kita lakukan pada rambut boleh merosakkannya seperti dengan mendedahkan rambut pada suhu terlampau panas, meluntur rambut, atau mengikatnya dengan ketat.

(**)Namun, ramai yang pertikaikan akan tabiat kecil yang sering dianggap remeh temeh, walhal ia juga boleh merosakkan struktur rambut menjadi lebih teruk. Jika anda mendapati yang rambut anda mengalami masalah keguguran dan rambut rontok dengan lebih kerap dari biasa, inilah masanya untuk anda elakkan dari tabiat-tabiat ini.

(**)1.  Habit Buruk Selepas Mandi
(**)Pasti ramai sudah tahu untuk mengelak dari mencuci rambut dengan air panas dan juga tidak menyampu rambut setiap hari. Kedua-duanya boleh merosakkan rambut dengan lebih teruk. Tetapi tidak ramai yang tahu bahawa mengelap dan menggosok rambut dengan tuala untuk mengeringkan rambut adalah salah satu tabiat kecil yang boleh merosakkan rambut terutama sekali ketika rambut masih basah. Daripada anda melakukan teknik menggosok rambut basah, adalah lebih baik jika anda menggunakan teknik menekan rambut dengan tuala untuk menyerap lembapan dan air lebihan pada rambut.

(**)2. Kerosakkan Selaran UV Pada Rambut
(**)Ya, rambut anda juga boleh menjadi rosak jika terdedah pada cahaya matahari, sama seperti kulit. Selaran UV membuatkan rona rambut semakin pudar, meningkatkan masalah kekeringan dan boleh mengakibatkan rambut bercabang. Pastikan anda memakai topi jika ingin keluar di bawah cahaya matahari. Boleh juga jika anda ingin gantikan dengan semburan SPF yang sesuai untuk rambut.

(**)3. Sanggul Tinggi
(**)Boleh kata ikatan rambut bersanggul tinggi atau man bun ini agak popular masa kini. Namun, anda patut fikir dua kali sebelum melakukannya. Pakar rambut mendapati yang ia boleh menyebabkan masalah rambut gugur. Hakikatnya, apa sahaja gaya dandanan rambut yang ketat adalah tidak baik untuk rambut. Cuba elak dari melakukan sanggul tinggi, bun rambut, ponytail atau seakannya yang ketat. Sebaliknya, belai dan ikat rambut dengan lembut dan tidak terlalu ketat.

(**)4. Bantal Tidur
(**)Pergerakan kita sewaktu tidur boleh menyebabkan rambut mengalami masalah keguguran, kekeringan dan frizzy. Ia sering terjadi jika anda tidur di atas sarung bantal bermaterial kapas. Jadi, seeloknya, pilih sarung bantal bermaterial sutera kerana ia membenarkan rambut meluncur dengan bebas ketika kita tidur sekaligus mengurangkan risiko rambut rosak.

(**)5. Produk Rambut Yang Merosakkan Rambut
(**)Akhir sekali, anda patut ambil tahu tentang ramuan yang terkandung di dalam produk penjagaan rambut yang anda gunakan. Kebanyakkan produk rambut mengandungi banyak amaun alkohol, wangian tiruan, parabens, sulfat dan kandungan lain yang boleh merosakkan rambut. Sebaiknya, cari produk penjagaan rambut yang mengurangkan amaun kandungan bahan-bahan yang merbahaya itu.


EmoticonEmoticon