(**)Lemon adalah salah satu buah kuning yang memiliki banyak manfaat kerana pelbagai vitamin yang terkandung di dalamnya. Seringkali kita lihat pada beberapa restoran menyajikan air kosong dengan menggunakan hirisan lemon di dalamnya. Selain daripada menambah kesegaran pada air yang kita minum, ternyata hirisan lemon pada air minuman pun memiliki berbagai manfaat lain. Jom kita semak bersama!
(**)1. Mengawal Tekanan Darah
(**)Kandungan potassium yang ada dalam buah lemon dipercaya dapat mengawal tekanan darah, khususnya bagi mereka yang memilki tekanan darah tinggi. Rutin meminum air lemon akan membantu tekanan darah menjadi normal dan juga memberikan kesan pengurangan stress mental serta tekanan yang mengundang pelbagai penyakit seperti jantung dan stroke.
(**)2. Membantu Sistem Pencernaan
(**)Bila diminum secara teratur air lemon dapat membersihkan usus dengan membuang toksik yang tidak diperlukan dalam tubuh sehingga dapat mencegah sembelit ataupun cirit. Kalau berasa mual atau loya, cubalah untuk memasukan satu sudu teh perahan lemon ke dalam setengah gelas air suam. Ambil segelas dua kali pada waktu pagi dan malam. Kalau tidak tahan dengan rasanya, campur dengan sedikit madu.
(**)3. Mempercepat proses penyembuhan
(**)Kekayaan kandungan Vitamin C pada lemon mampun untuk membantu proses pemulihan, mempercepat penyembuhan luka, dan merupakan nutrisi penting dalam pemeliharaan kesihatan tulang dan tulang rawan. Vitamin juga ada mengandungi sifat anti-inflimasi. Gabungan Vitamin C sangat baik dalam mengurangkan stress dan penyembuhan luka.
(**)4. Menjaga kesihatan mulut
(**)Rupanya dengan meminum air lemon dapat juga menjaga kesihatan mulut seperti megurangkan bau mulut dan mengatasi masalah lain yang berkaitan dengan gusi.
(**)5. Menjaga kesihatan kulit
(**)Selain menjaga bahagian dalam badan, lemon yang mengandungi banyak vitamin C juga berkhasiat untuk merawat kulit kita dari dalam mahupun luar. Manfaat bagi kulit di antaranya adalah menjaga kesihatan agar kulit tampak berseri, mencegah penuaan kulit, dan menghilangkan kedut.
(**)Apa lagi ditunggu? Ayuh kita cuba bersama! Bebas kimia, tubuh terpelihara
EmoticonEmoticon