Friday 24 June 2016

Mitos dan Kebenaran Jerawat Pada Wajah

Tags


(**)Pernah atau tidak anda mendengar usik-usik teman waktu sekolah dahulu, jika jerawat mula tumbuh, ianya bermakna anda sedang dilamun cinta. Semakin banyak jerawat yang tumbuh di sekitar wajah, semakin asyik dilamun cinta katanya.

(**)Sebenarnya banyak mitos yang dikaitkan dengan adanya jerawat. Ketahui apakah mitos dan kebenaran di sebalik wujudnya jerawat pada kulit wajah.

(**)Jerawat disebabkan oleh kotoran
(**)Jerawat berlaku kerana banyak sebab dan kotoran salah satu daripadanya. Tandanya bermula apabila sel kulit mati bercampur dengan minyak semula jadi tubuh yang kemudiannya plak akan terkumpul di celah-celah bulu halus folikel yang biasanya dipanggil pori. Kotoran bukanlah penyumbang utama, malah jika kamu mencuci muka dua ke tiga kali sehari pun tidak akan memberi apa-apa makna kepada jerawat. Malahan, cucian yang terlalu kerap pula akan menyingkirkan minyak yang diperlukan kulit. Ini menyebabkan kulit menjadi kering, mengelupas dan seterusnya menyebabkan kulit lebih agresif untuk mengeluarkan minyak selepas itu.

(**)Jerawat menyerang remaja
(**)Tepatnya ia menyerang bukan hanya remaja tetapi juga orang dewasa. Ada juga golongan yang berusia lingkungan 30-an masih mengalaminya. Ia bergantung pada banyak sebab dan usia remaja adalah waktu mula munculnya jerawat. Tetapi tidak semua remaja mengalaminya.

(**)Jerawat akibat makanan
(**)Sehingga kini, saintis masih belum menemui fakta yang mengaitkan makanan dengan jerawat. Jadi, tiada bukti yang mengatakan makanan seperti coklat, kacang, kentang goreng dan sebagainya menyumbang kepada pertumbuhan jerawat. Namun, ia bukan bermakna anda boleh mengambil apa sahaja makanan mengikut selera. Tentunya diet yang sihat membantu dalam kesihatan tubuh seterusnya menolong mengelakkan jerawat.

(**)Bersolek meningkatkan pertumbuhan jerawat
(**)Kebanyakkan alat solek kini adalah non-comedogenic yang tidak menyumbat liang roma. Pilih alat solek yang bebas minyak (berasaskan air), non-comedogenic dan hypoallergenic (tiada tambahan haruman). Selepas bersolek, pastikan anda menanggalkan mekap menggunakan pencuci mekap dan bukan hanya mengharapkan cucian air biasa atau pencuci muka sahaja.

(**)Jerawat disebabkan banyak melakukan seks
(**)Yang benarnya ialah mengenai androgen (hormon yang dihasilkan ketika anda meningkat akil baligh) menjadi antara faktor penyumbang kepada masalah jerawat dan bukannya disebabkan faktor seks.

(**)Stres punca jerawat
(**)Antara ya dan tidak. Apabila mental dan diri stres, tubuh akan menghasilkan kortisol yang menyebabkan kelenjar minyak menghasilkan lebih banyak minyak. Disebabkan itulah, ada di kalangan bakal pengantin misalnya mengalami pertumbuhan jerawat di saat-saat menjelangnya hari perkahwinan dan seterusnya stres memikirkan persiapan kahwin.


EmoticonEmoticon