Friday 24 June 2016

7 Tip Maskara Sempurna

Tags


(**)Mungkin benar ada yang menyatakan tiada peraturan dalam solekan namun itu mungkin sesuai dikatakan untuk anda yang berani bereksperimen. Tapi untuk sesetengah alat solek memang perlu dikaji cara pemakaian yang betul. Seperti maskara, jika salah caranya bulu mata anda akan nampak berkumpul dan tidak jelas. Apa yang anda perlu tahu adalah jenis maskara dan cara pemakaian yang tepat!

(**)Tip menggunakan maskara dengan sempurna.

(**)1. Efek Tertentu
(**)Terdapat banyak maskara yang menjanjikan kesan lebat, panjang dan tahan lama tetapi pakar mengatakan bahawa ini bukan cara betul untuk memiliki keseluruhan efek. Biasanya satu tiub maskara yang boleh memuatkan banyak bahan dan formula yang berkesan ini membuatkan formula di dalamnya perlu mengorbankan satu manfaat yang lain. Jika anda mahu hasil tertentu, carilah maskara yang punya formula khusus.

(**)2. Hitam sesuai untuk semua
(**)Semua orang boleh menggayakan maskara hitam, walaupun berambut perang. Kepentingan maskara adalah untuk menyerlahkan bentuk dan bulu mata. Tetapi itu bukan bermakna anda tidak boleh bereksperimen dengan warna. Anda boleh cuba rona coklat atau ungu, ia sesuai untuk mata berona coklat hazel.

(**)3. Gunakan maskara kalis air bila perlu
(**)Formula kalis air adalah terlalu sukar dibuang untuk digunakan setiap hari, anda perlu menggosok kuat untuk menghilangkannya jadi ada kemungkinan bulu mata akan gugur. Simpan maskara jenis ini untuk majlis-majlis tertentu sahaja.

(**)4. Lentikan sempurna
(**)Gunakan pelentik bulu mata dengan memulakannya dari pangkal bulu mata kemudian sedikit demi sedikit dilentikkan sampai ke hujung bulu mata. Baringkan cermin di atas meja agar anda dapat lihat garisan bulu mata. Ulang proses melentik ini beberapa kali sehingga anda boleh lihat perbezaan yang ketara.

(**)5. Melebat & memanjang
(**)Sekiranya bulu mata anda halus dan jarang, gunakan asas maskara untuk menambahkan volum. Palit dari pangkal bulu mata hingga hujung.

(**)6. Bulu mata yang lebih ketara
(**)Palit dari pangkal bulu mata hingga hujung. Bermula dari pangkalnya, ceraikan setiap helaian bulu mata, pegang berus secara menegak dan gerakkannya dari tepi.

(**)7. Cara mencuci maskara
(**)Selepas seharian bulu mata anda disaluti maskara, pastinya waktu untuk mencucinya cukup renyah, namun jangan runsing, gunakan saja pencuci bulu mata atau pemadam solekan yang berunsurkan formula minyak. Kandungan minyak dapat menyingkirkan kotoran dengan pantas, malah ia juga berkesan untuk maskara kalis air. Rendam pad kapas dengan pencuci maskara dan tekan perlahan-lahan ke atas bulu mata selama beberapa saat. Ini membolehkannya meresap ke dalam, kemudian perlahan-lahan sapu pad pada seluruh mata.


EmoticonEmoticon