Tuesday, 21 June 2016

Merahkan Bibir Secara Semulajadi

Tags


(**)Memerahkan bibir akhir-akhir ini menjadi perbincangan penting buat para wanita. Dengan bibir yang merah merekah pasti menambah kesan seksi. Namun untuk mendapatkan bibir yang merah merona tidak semudah menghembuskan nafas, sebab kebanyakan wanita yang bibirnya merah itu dibantu oleh lipstik dan alat kosmetik. Kalau begitu, adakah anda ingin bergantung kepada alat kosmetik sahaja?

1. Madu

(**)Selain bagus untuk kesihatan tubuh, madu juga dapat memerahkan bibir anda secara semulajadi. Usapkan madu ke bibir setiap hari secara rutin. Biarkan 15 minit, kemudian cuci dengan air hangat. Ataupun boleh dibiarkan di bibir sepanjang malam dengan menyapu ke bibir setiap malam sebelum tidur.



2. Limau nipis

(**)Limau nipis selain dapat digunakan untuk menghilangkan jerawat, limau nipis merupakan salah satu cara memerahkan bibir. Limau nipis dapat memudarkan warna hitam pada bibir. Siapkan air perasan jeruk nipis sebanyak 2 sudu dan air suam 2 sudu. Campurkan air perahan limau nipis dan air suam, dan campurkan. Sapu ke bibir anda dan biarkan 10-15 minit. Bilas menggunakan air suam.



3. Minyak zaitun

(**)Campurkan madu atau gula dengan beberapa titis minyak zaitun. Usapkan campuran minyak zaitun tersebut pada bibir anda. Tunggu dan bilas dengan air bersih.



4. Air mawar

(**)Air mawar dapat membuat bibir merah tanpa menggunakan lipstik. Usapkan air mawar pada bibir sebelum hendak tidur. Cara menggunakan air mawar ini dapat dilakukan setiap hari.



5. Tomato

(**)Caranya ambil tomato lalu usapkan buah tomato ke bibir secara rutin. Penggunaan secara rutin akan memberikan kesan yang lebih maksima.



6. Lidah buaya

(**)Ambil gel lidah buaya lalu usapkan ke bibir. Ingat ye perlu dilakukan secara rutin baru akan nampak kesannya.



7. Kunyit hidup

(**)Kunyit yang merupakan tanaman rempah-ratus, juga memiliki manfaat untuk cara memerahkan bibir. Campurkan kunyit dengan 1 sudu susu. Campur sampai rata dan usapkan ke bibir selama kurang lebih 5 minit, dan bersihkan dengan air.



8. Hindari amalan jilat bibir

(**)Kebiasaan seperti ini dapat menyebabkan bibir menjadi lebih cepat untuk kering dan terlihat pucat. Hal ini kerana enzyme yang terdapat dalam air liur akan menghakis permukaan bibir. Maka warna bibir yang merah akan memudar. Alangkah baiknya untuk menghindari kebiasaan menjilat bibir.



9. Jauhi kafein

(**)Jauhi minuman yang mengandungi  kafein seperti kopi dan tinggalkan kebiasaan merokok. Hal ini kerana kandungan nikotin yang terdapat dalam rokok dapat membuat bibir menjadi hitam. Melakukan diet sarat vitamin dapat menjadikan bibir menjadi merah dan muka tampak segar.



10. Air masak

(**)Banyakkan meminum air masak supaya badan tidak dehidrasi. Ia juga dapat meningkatkan kesihatan kulit dan memerahkan bibir secara semulajadi.


EmoticonEmoticon