Tuesday, 21 June 2016

7 Cara Untuk Diet Selepas Ramadan

Tags


(**)Bulan puasa sering dianggap salah satu momen tepat untuk melakukan diet sihat dan ketahui cara untuk melakukanya dengan tepat.


(**)Sungguhpun begitu, ramai yang kecewa apabila diet mereka ‘hancur’ kerana tidak mampu mengawal nafsu makan selepas bulan puasa.Apatah lagi, sama seperti tradisi Aidilfitri di tahun-tahun sebelumnya, lebaran tahun ini pun akan terhidang pelbagai macam jenis kuih dan menu raya yang lazat.Sudah pasti ia akan menganggu program diet yang sedang dijalani.

(**)Cara untuk diet sihat yang berjaya adalah diet yang membawa kepada gaya hidup yang mantap dan bukannya dengan cara tidak menjamah sebarang makanan! Anda mahu maintain fit selepas bulan puasa? Jom amalkan cara untuk diet sihat selepas raya yang menjamin gaya hidup sihat. Program diet yang berjaya adalah diet yang menjana gaya hidup yang mantap; bukan dengan cara tak makan!



(**)Jom cuba program diet yang menjamin gaya hidup sihat.

(**)Minyak Gorengan
(**)Kadar lemak yang dihasilkan melalui proses penggorengan akan meningkatkan kadar kolesterol jahat dalam darah. Kolesterol jahat inilah penyumbang penyakit jantung, hipertensi, dan penyakit degeneratif lain. Awas! Makanan bergoreng yang diambil kerap juga meningkatkan peluang menghidap kanser paru-paru.



(**)Bebas Gula
(**)Gula adalah zat yang menyebabkan tubuh memproduksi hormon insulin sangat tinggi, dikenal sebagai insulin spike. Tubuh mengeluarkan insulin agar gula dapat segera dimasukkan ke dalam sel tubuh. Apabila tubuh dipaksa terus-menerus menerima gula pada kadar tinggi, maka fungsi insulin pun akan menjadi berkurang. Akibatnya, anda berisiko menderita kegemukan, diabetes, penyakit jantung koroner, hipertensi, atau stroke.



(**)Karbohidrat Kompleks
(**)Karbohidrat kompleks adalah karbohidrat yang kaya dengan serat. Maksudnya, pelepasan gula dalam darah akan stabil. Contoh makanan yang kaya dengan karbohidrat adalah beras merah, roti gandum dan kentang.

(**)Beras merah mengandung Vitamin B kompleks dan serat yang sangat penting untuk proses pengolahan tenaga dan pencernaan. Karbohidrat kompleks lebih sukar disimpan sebagai lemak. Makan makanan yang kaya dengan karbohidrat akan mengekalkan tubuh yang langsing dan dapat mengelakkan selulit.



(**)Hadkan Pengambilan Lemak
(**)Hadkan pengambilan lemak dalam makanan yang dimasak. Begitu juga dengan minyak, penggunaannya dibenarkan tapi hanya dalam kuantiti sedikit. Tidak salah jika sesekali mahu menjamah snek tapi pilihlah yang rendah lemak. Antara yang boleh dipilih ialah sandwich, bertih jagung atau pun popia basah. Tiada masalah jika sesekali mahu makan di luar. Apa yang boleh dilakukan ialah meminta hidangan dalam saiz kecil.



(**)Pengambilan Protein
(**)Jangan sesekali mengelakkan diri daripada mengambil ayam dan daging kerana ia membekalkan protein. Namun, sebelum itu, pastikan kulitnya dibuang terlebih dahulu.Anda boleh makan pelbagai jenis makanan tetapi pastikan cara masakannya betul. Untuk itu, apa kata masak dengan cara memanggang, membakar atau mengukus.



(**)Kurangkan Pengambilan Susu
(**)Wanita yang mengambil yogurt bebas lemak, keju, atau susu rendah lemak 3 hingga 4 kali sehari mampu mengusir 70 peratus lemak dari tubuhnya. Kalsium dari susu berperanan sebagai agent yang memerintah tubuh membakar kelebihan lemak. Minumlah segelas susu bebas lemak ketika sarapan, segelas yogurt rendah lemak pada siang hari, dan segelas susu bebas lemak sebelah petangnya.



(**)Makan Buah Sebelum Makan!
(**)Makanan sampingan yang terbaik untuk tubuh adalah buah. Dalam sehari, setidaknya anda harus makan dua jenis buah, tiga kali sehari.Makan buah berupaya mencuci usus dan secara automatik metabolisme tubuh juga akan naik. Kenapa kena makan buah sebelum makan?

(**)Ini adalah kerana perut akan terisi terlebih dahulu, jadi vitamin dan mineral yang masuk itu akan membantu proses pengolahan sumber tenaga yang dimakan. Makan buah pada kadar yang sepatutnya mampu mengurangi risiko kanser, osteoporosis, dan berbagai-bagai penyakit lain.


EmoticonEmoticon