Wednesday 22 June 2016

Lima Cara Mandi Dengan Bersih Sempurna

Tags


(**)Setiap hari kita akan mandi sekurang-kurangnya 2 kali dalam sehari. Jadi, tidakkah anda rasa anda patut cuba cara yang terbaik untuk mandi dengan sempurna?

(**)Mandi tidak perlukan masa yang panjang atau berjam-jam di kamar mandi jika mahukan tubuh yang bersih dan harum.lima cara mandi dengan bersih sempurna yang anda boleh mula amalkan dari sekarang.

(**)Elak mandi air panas.
(**)Sememangnya kita tahu bahawa air panas boleh membuatkan segala jenis bakteria pada kulit terhapus. Namun, usah sehingga membuatkan kulit menjadi kekeringan atau dihidrasi dek kerana kekerapan mandi dengan air panas. Gunakan air suam sudah memadai untuk membersihkan badan.

(**)Gunakan syampu pada bahagian yang betul.
(**)Ramai orang menyapu sebahagian besar syampu pada seluruh rambut, tetapi sebenarnya, ia lebih baik untuk anda fokus pada bahagian kulit kepala, akar rambut dan bahagian tengkuk. Ia kerana kotoran dan minyak sering terkumpul di bahagian tersebut. Idea yang baik juga untuk anda mengurangkan penggunaan syampu pada bahagian hujung rambut kerana ia boleh menyebabkan rambut kering dan bercabang.

(**)Ganti berus skrub tubuh sekurang-kurangnya sebulan sekali.
(**)Berus atau span mandian boleh memerangkap bakteria serta kulat. Sebaiknya, pastikan berus mandian dibersihkan dan dikeringkan dengan sepenuhnya sebelum kegunaan seterusnya. Jangan gunakannya pada kulit wajah kerana ia boleh menyebabkan kulit wajah mengalami masalah radang dan sekaligus menyebabkan kulit kering.

(**)Mandi sekejap.
(**)Kekalkan mandian sekitar lima hingga 10 minit sahaja. Tergantung jika anda ingin mencukur. Tidak mengapa untuk mandi di bawah pancuran air sedikit lama, tetapi jangan terlalu kerap kerana ia akan mengakibatkan kulit dihidrasi dan kegatalan.

(**)Pakai pelembap setelah mandi.
(**)Sejurus selepas mandi, sapukan pelembap pada kulit. Kemudian sapukan losen pada kulit sebagai lapisan akhir agar kulit kekal lembap dan melindungi lapisan epidermal.


EmoticonEmoticon