Wednesday 22 June 2016

Jenis Haruman Yang Lelaki Mudah Tertarik Pada Wanita

Tags


(**)Haruman punya pengaruh hebat pada setiap orang, baik lelaki mahupun perempuan. Kadang-kadang jenis haruman yang disembur seseorang akan kita ingat dan terkenang-kenang. Satu-satu bau boleh jadisignature.

(**)Ia ibarat satu simbolik pada diri seseorang. Ia juga mencerminkan personaliti diri. Haruman sensual selalunya punya lebih tarikan seksual dan sofistikated, manakala haruman flora akan menonjolkan imej feminin yang ketara.

(**)Jenis-jenis haruman yang mampu membuatkan lelaki tertarik, lebih-lebih lagi buat pasangan yang sudah berkahwin.

(**)Vanila
(**)Ia adalah salah satu haruman yang buat lelaki mudah tertarik. Ia merupakan satu sumber natural afrodisiak, peningkat daya seksual dan secara semula jadi mampu mengurangkan tahap tekanan.

(**)Cendana
(**)Haruman yang berasaskan cendana ini mempunyai aura seksi, romantis dan sangat relaks. Cendana juga mempunyai bauan yang hangat dan dikatakan menjadi tarikan buat jejaka.

(**)Kasturi
(**)Ekstrak kasturi sering digunakan ke dalam penghasilan haruman wangian buat lelaki dan perempuan. Ia seakan campuran cendana dan vanila kerana harumannya yang warm dan sensual. Ia punya ciri-ciri tarikan seksual dan romantik.

(**)Oren
(**)Wangian dengan sumber buah oren selalunya mempunyai bau yang segar, manis dan memikat buat lelaki.

(**)Lily of the Valley
(**)Baunya yang manis dan lembut dikatakan agak cenderung menarik perhatian lelaki. Ia mencerminkan sisi personaliti feminin dan romantik seseorang.


EmoticonEmoticon