Monday 13 June 2016

Jom, 'Umpan' Anak Bagi Suka Minum Susu!

Tags


(**)Ada di antara anak-anak yang tidak gemar minum susu. Ibu bapa seharusnya menggalakkan anak-anak minum susu setiap hari. Jadilah lebih kreatif untuk memberi susu kepada anak-anak.

(**)Cara berikut mungkin boleh membantu ibu khususnya bagaimana lebih kreatif menggunakan susu dalam menyediakan hidangan kepada anak-anak.

(**)1. Milk Shake
(**)Sediakan milk shake berperisa yang digemari anak-anak seperti perisa coklat atau strawberi. Untuk sedikit kelainan boleh juga gunakan pisang (banana milk shake)

(**)2. Kastad atau puding
(**)Jika anak-anak gemar makan kastad atau puding, inilah masanya ibu untuk pelbagaikan hidangan yang mengandungi susu untuk anak-anak.

(**)3. Bijirin sarapan pagi
(**)Selain diminum begitu sahaja, susu boleh juga dicampurkan dengan bijirin sarapan pagi seperti nestum, oats dan sebagainya. Kebanyakan anak-anak juga gemar hidangan ringkas seperti ini.

(**)4. Ajak anak sediakan makanan
(**)Alangkah seronoknya jika ibu bapa dapat libatkan anak-anak dalam proses penyediaan makanan. Ini dapat menarik minat mereka kepada makanan. Ceritakan kebaikan susu kepada kesihatan agar mereka lebih peka tentang kepentingan minum susu setiap hari.

(**)Ingat, jangan pandang remeh sebab sajian yang diambil anak belum tentu memenuhi nutrisi setiap hari. Jadi kaum Ibu perlu cari jalan terbaik untuk pujuk anak gemar minum susu dua kali sehari bagi membantu penyerapan kalsium lebih efektif di dalam tubuh badan si comel.


EmoticonEmoticon