Monday 13 June 2016

Benda Anda Patut Buat Selepas Makan

Tags


(**)Sebelum pilih sajian setiap hari, elok anda ketahui rahsia cara makan untuk sihat ini. Ya, bab makan jarang orang mampu kawal, tambah pula ketika perut betul-betul lapar. Tetapi apa kata anda ambil tahu info ini demi elak penyakit singgah dalam usia yang muda.

(**)Jika anda tidak mengawal nafsu makan yang berlebihan, segala usaha untuk menurunkan berat badan hanya sia-sia. Ini kerana jumlah kalori yang masuk ke dalam badan lebih banyak daripada yang dikeluarkan. Untuk atasi nafsu makan yang berlebihan, cubalah tip ini:

(**)1. Tetapkan tujuan diet
(**)Tentukan berapa lama masa yang anda perlu untuk mencapai target program diet yang anda lakukan. Anda juga boleh memastikan target anda boleh Berjaya dalam jangka masa pendek.

(**)2. Sarapan
(**)Jika anda melewatkan waktu sarapan, badan akan kekurangan glukosa yang diperlukan untuk melakukan aktiviti atau senaman. Biasanya, seseorang akan mengambil minuman soda atau mengandungi karbohidrat yang tinggi setelah mereka melewatkan sarapan.

(**)3. Tunggu seketika
(**)Perut anda mengambil masa selama 10-20 minit untuk member isyarat kepada otak bahawa anda kekenyangan. Oleh itu, sebelum makan minumlah segelas air putih dan sudah tentu anda hanya menghabiskan satu hidangan kecil makanan sahaja.

(**)4. Lakukan aktiviti selepas makan
(**)Aktiviti  ringan mampu mengelakkan keinginan untuk makan. Cukuplah aktiviti ringan ini seperti menelefon klien, mencari bahan di internet atau menyelesaikan tugasan kerja di pejabat yang tertunda. Ini boleh membuatkan anda fokus dan lebih peka.


EmoticonEmoticon