(**)Seorang lelaki boleh mengagumi bentuk tubuh seorang wanita itu meskipun hanya melihatnya dari belakang!Bercakap tentang punggung, biasanya kaum lelaki lebih suka dengan bentuk punggung wanita yang mantap seperti bentuk gitar. Bentuk sebegini dianggap cukup seksi dan mempersonakan.Mungkin pada ketika ini ramai wanita yang masih belum tahu bagaimana caranya untuk memiliki bentuk punggung yang sebegitu.
(**)Jom semak cara- cara untuk mendapatkan punggung mantap.
(**)Punggung mempunyai tiga otot utama iaitu gluteus maximus, medius gluteus dan gluteus minimus. Fungsi otot adalah untuk membantu menggerakkan kaki anda ke segala arah dan memperkuatkan pinggang, paha dan punggung. Senaman yang menggerakkan otot ini sangat bagus untuk mendapatkan punggung mantap.
(**)Squat
(**)Senaman ini bagus untuk pinggul, paha dan punggung. Ia juga mampu memperkuatkan otot di bahagian perut. Berdiri dengan kaki terpisah, lalu secara perlahan dan bertahap, turunkan pinggul anda. Tapi, pastikan lutut tidak ikut bergerak melebihi jarak kaki anda.
(**)Lunges
(**)Lunge merupakan latihan yang sangat baik dilakukan bagi mendapatkan pungung mantap. Tetapi jangan terlalu yakin dengan hanya melakukan satu jenis senaman sahaja.Jauhkan kaki sejajar antara satu sama lain. Ambil langkah besar dengan kaki kanan di depan dan kaki kiri di belakang, kemudian perlahan-lahan turunkan tubuh anda sambil menekuk lutut. Jaga lutut selaras ke depan dan kembali ke posisi asal dan lakukan pergerakan tadi untuk kaki kiri pula.
(**)Step-Up
(**)Gunakan pemijak seperti tangga.Langkah satu kaki ke atas pemijak dan turun ke posisi asal, kemudian ganti kaki yang lain dan turun seperti pergerakan awal. Tingkatkan kecepatan secara bertahap.
(**)Bridges
(**)Pada posisi baring terlentang, bengkokkan kedua- dua lutut dan pastikan telapak kaki ke lantai dan jarakkan sedikit. Angkat bahagian badan tulang belakang anda dari lantai ke atas secara perlahan sambil memberi tekanan pada faraj dan paha belakang. Kemudian kembali pada posisi asal.
(**)Leg Extension
(**)Pada posisi berdiri atau posisi merangkak, regangkan kaki kiri ke belakang tubuh sejauh mungkin kemudian kembali ke posisi asal. Ganti kepada kaki kanan pula.Lakukan pergerakan ini selama 10 hingga 20 kali sehari. Untuk mendapatkan hasil yang lebih memuaskan, anda boleh meningkatkan jumlah pergerakan sesuai dengan keadaan tubuh badan anda. INGAT! Jangan memaksa tubuh jika anda merasakan pergerakan ini terlalu susah.
(**)9 Perkara Anda Perlu Tahu Untuk Miliki Punggung Mantap
(**)Jangan mengambil hidangan yang terlalu berat ketika sarapan. Anda boleh mencuba mengambil sarapan dengan segelas susu rendah lemak dan semangkuk bijirin.
(**)Makan dalam kuantiti yang sedikit secara kerap. Langkah ini dapat meningkatkan kadar metabolisme badan untu membakar kalori setiap hari.
(**)Bahagikan waktu makan anda kepada lima kali. Tiga kali untuk hidangan utama iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam. Manakala dua lagi untuk snek ringan.
(**)Mulakan program 10, 000 langkah sehari, lebih banyak kalori yang terbakar setiap hari. Cara mudah untuk membentuk bahagian badan ini ialah dengan berjalan kaki. Jika inginkan yang terbaik, lakukan senaman naik turun tangga.
(**)Elakkan makanan pedas. Pengambilan makanan sebegini membuatkan pengumpulan lemak di bahagian paha dan pinggang akan bertambah teruk. Bagi wanita yang mempunyai bentuk badan seperti buah pir, elakkan makanan ini sama sekali.
(**)Hati-hati pada jam 4.30 petang. Hal ini adalah kerana waktu ini merupakan waktu paling bahaya untuk mengambil hidangan snek. Kadar tenaga berada pada tahap yang paling rendah dan jika anda mengambil snek yang bergula, pastikan anda melakukan senaman naik turun tangga untuk lima minit.
(**)Elakkan memakai seluar atau pakaian yang terlalu ketat di bahagian punggung. Seluar atau pakaian ketat di bahagian punggung bukan membuatkan punggung nampak menonjol tetapi bentuk punggung akan menjadi tidak rata.
(**)Berat badan yang berlebihan boleh mempengaruhi bentuk punggung kerana lemak akan menutupi otot dan membuat punggung menjadi melorot. Oleh itu aturlah pola pemakanan yang sihat dengan mengamalkan diet rendah lemak dan tinggi protein serta mengambil vitamin yang baik untuk tubuh untuk menyingkirkan lemak yang berlebihan.
(**)Elak duduk terlalu lama hingga beberapa jam dalam satu masa.Tabiat duduk terlalu lama dalam jangka masa yang panjang boleh memberi kesan buruk kepada tubuh khususnya bahagian punggung.
EmoticonEmoticon