Monday, 2 May 2016

Macam Mana Nak Elak ‘Bocor’ Darah ‘Period’?

Tags


(**)Tuala Wanita. Maxi, mini, slim, overnight, heavy flow, regular atau wing, yang mana satu yang selesa buat anda?


(**)Kini terdapat pelbagai jenis pembalut atau tuala wanita yang terjual di luar sana. Tapi yang mana satu agaknya terbaik dan selesa untuk kita?

(**)Ketika menstruasi, anda sebenarnya memerlukan tuala wanita yang sering dipanggil “pad”. Ia diperbuat daripada lapisan ‘cotton’ yang mempunyai daya serap tinggi terhadap cairan.

(**)Kini hampir semua tuala wanita mempunyai material ekstra di bahagian sisi (disebut ‘wings’) untuk dilipat-lipat dan dilekatkan di seluar dalam supaya ia tidak bergerak-gerak, serta mencegah cairan darah tersebut meleleh ke tepi.

(**)Ketika anda  memilih tuala wanita perkara pertama yang anda mesti ambil tahu terlebih dahulu ialah karakter menstruasi yang anda alami. Ini adalah kerana menstruasi yang dialami oleh setiap daripada kita adalah berbeza-beza. Bahkan, menstruasi yang kita alami juga tidak sama pada setiap bulan. Ada kalanya banyak, ada masanya sedikit, kadang kala lebih lama dan lebih singkat.

(**)Jadi, sebab itulah tuala wanita yang digunakan harus disesuaikan dengan kuantiti cairan tersebut, kerana itulah tuala wanita tersedia dalam pelbagai ketebalan. Selain itu, anda juga mesti yakin jika perubahan jadual dan kadar menstruasi anda tetap dalam range normal. Kitaran menstruasi rata-rata adalah 28-30 hari, tetapi kitaran 21-35 hari masih dikategorikan normal. Banyaknya cairan tersebut, rata-rata adalah di antara empat hingga 12 sudu camca teh.  Lamanya tempoh menstruasi berkisar antara 3-7 hari.



(**)Pilih Tuala Wanita Yang Tepat

(**)Tuala wanita atau pembalut jenis ‘maxi’ atau ‘heavy flow’ diperlukan untuk  hari-hari  yang‘berat’ di saat cairan tersebut keluar dengan banyak. Manakala jenis mini, ‘slim’ atau ‘regular ‘boleh dipakai pada hari-hari yang sedikit.Untuk malam hari pula disediakan tuala wanita khas ‘overnight’, kerana ramai di antara kita yang lasak ketika tidur sehingga pembalut tersebut bergeser dan berisiko mengotorkan pakaian, selimut atau tempat tidur.



(**)Tidak ada salahnya anda mencuba pelbagai jenis pembalut, sehingga anda menemui yang paling sesuai buat anda. Pada tahun ketiga atau keempat, anda bakal lebih bijak membaca karakter menstruasi anda. Misalnya, dengan memakai pembalut wanita daripada jenis ‘maxi’ dengan ‘wings’ pada hari pertama hingga ketiga, kemudian memakai jenis ‘slim’ tanpa ‘wings’ pada hari-hari terakhir.

(**)Sebaiknya anda mengganti pembalut setiap tiga hingga empat jam sekali. Penggantian yang rutin seperti ini berguna untuk mencegah timbulnya bakteria serta bau yang tidak menyenangkan.



(**)Info Ekstra!

(**)Walaupun Datang Haid, Anda Tetap Cergas

(**)Ketika datang haid atau menstruasi anda sememangnya akan berasa tidak selesa. Malahan, aktiviti seharian kita  juga mungkin akan terganggu. Tetapi, ada beberapa trik penting yang boleh di praktik agar anda tetap cergas dan nampak segar walaupun datang haid.

(**)1. Pakai pembalut wanita yang sesuai. Jangan sembarangan membelinya, apatah lagi kerana harganya yang murah. Anda perlu pastikan kualitinya bagus dan selesa untuk dipakai. Misalnya, buat hari-hari pertama menstruasi – biasanya darah yang keluar lebih banyak jumlahnya.Jadi, pilihlah pembalut berukuran ‘maxi’ dan dilengkapi ‘wings’. Atau ketika tidur, pilih pembalut khusus yang ukurannya lebih panjang (night and long).



(**)2. Jangan lupa menukar tuala wanita setiap tiga hingga empat jam sekali. Selain penting untuk kebersihan dan kesihatan vagina, bertukar pembalut secara rutin juga boleh mengurangi risiko ‘tembus’!



(**)3. Pakai pakaian dalam sesuai. Jangan sesekali memakai seluar dalam yang longgar, sedangkan kita banyak bergerak kerana melakukan pelbagai aktiviti. Seluar dalam yang longgar  bakal membuatkan pembalut tersebut tidak berada di kedudukan yang tepat.



(**)4. Ketika menstruasi, jangan lewatkan mandi. Bukan sahaja membuatkan badan anda bersih, tetapi yang lebih penting adalah kebersihan bahagian kewanitaan anda. Sewaktu mandi, jangan lupa untuk membasuh vagina kita dengan air bersih agar semua kuman dan bakteria yang seharian sudah melekat di situ terhapus.Elok juga jika mandi dengan air suam supaya otot-otot kita menjadi lebih rileks. Selain itu, ia boleh mengurangkan rasa sakit yang anda rasakan di bahagian perut.



(**)5. Jangan lupa untuk minum air masak yang banyak kerana pada saat-saat menstruasi, tubuh anda juga telah kehilangan banyak cairan. Jadi, anda perlu minum air masak, minimum lapan gelas sehari.



(**)6. Siapa kata ketika menstruasi anda  tidak boleh melakukan sebarang aktiviti seperti selalu, termasuklah bersenam? Pada hal, dengan bersenam, rasa sakit yang anda alami itu akan berkurangan. Ini adalah kerana dengan bersenam akan mengundang keluarnya  endorphin yang bakal membuatkan  anda menjadi lebih gembira.

(**)Jadi, tak perlulah anda ‘moody’ dan  mengurung diri di dalam bilik tidur!


EmoticonEmoticon