Saturday, 28 May 2016

TIPS CANTIK! SUSU SEGAR MAMPU RAWAT KECANTIKAN KULIT WAJAH

Tags


(**)Siapa sini yang menggemari mandian susu? Jika begitu, anda mempunyai persamaan dengan Cleopatra, Elizabeth 1 (England) dan Elisabeth (Bavaria). Tahukah anda selain bergelar pemerintah wanita teragung, mereka juga menggemari mandian susu kerana kepelbagaian kandungan yang mencantikkan kulit.

(**)Bukan itu sahaja, Charlize Theron sebagai Queen Ravenna yang berendam di dalam tab susu dalam filem ‘Snow White and the Huntsman’ menjadi inspirasi kecantikan untuk setiap wanita.

(**)Susu, semua ketahui betapa pentingnya susu bagi tulang dan kesihatan. Mengandungi kalsium, vitamin, protein, serta berfungsi mencegah osteoporosis, tidak hairanlah jika susu sudah jadi sebahagian dari pola makan dan gaya hidup seharian. Selain pelbagai manfaatnya bagi kesihatan tubuh, manfaat susu untuk kecantikan juga bukanlah suatu perkara yang baru.

(**)Sejak zaman Mesir kuno, susu sudah digunakan untuk merawat kesihatan dan kecantikan kulit. Menariknya, susu boleh dipakai untuk membersihkan, mengeskfoliasi, dan melembutkan kulit.

(**)Dermatologist New York City, Lance Brown, berkongsi tips menggunakan susu sebagai eksfoliator.

(**)Caranya, basahkan tuala kecil dengan susu sejuk, kemudian tepek tuala ke permukaan wajah dan biarkan selama 10 minit. Kandungan lactic acid yang berfungsi sebagai exfoliant dapat mengurangkan kemerahan dan menghilangkan noda hitam di wajah, sementara natural lipid dapat melembapkan kulit wajah.

(**)Di samping melicinkan kulit yang kering dan pecah-pecah, lactic acid pada susu juga sangat baik dalam melawan jerawat. Hanya campurkan susu dengan sedikit tepung hingga menjadi pes, lalu oleskan ke wajah, biarkan semalaman dan bilas keesokan harinya.

(**)Disebabkan pelbagai jenis susu ada di pasaran, seperti susu pasteur, susu UHT, dan susu tepung, tentu kita menginginkan jenis susu paling segar yang mempunyai nutrisi paling lengkap untuk tubuh dan kulit. Susu pasteur dianggap paling baik berbanding jenis susu lain kerana melalui proses pemanasan untuk memusnahkan mikroorganisma tanpa merosakkan kandungan nutrisinya.


EmoticonEmoticon