Saturday, 28 May 2016

KETAHUI 5 TIPS & TRIK FESYEN UNTUK SEMBUNYIKAN PERUT BUNCIT

Tags


(**)Kebanyakan wanita tidak yakin pada diri dan kebingungan untuk berfesyen kerana punyai perut buncit. Kadang-kala wanita dengan badan yang tidak terlalu gemuk atau bahkan kurus pun punya masalah perut buncit.

(**)Laaa.. Jangan bimbang sebab ada beberapa trik fesyen boleh anda cuba untuk sembunyikan perut buncit terssebut.

(**)#1 Beli ukuran yang bersesuaian

(**)Jangan paksa diri memakai seluar ketat yang memang bukan ukuran anda. Wanita cenderung memakai seluar ketat untuk menyembunyikan buncit, padahal cara ini salah kerana seluar ketat di bawah pusat hanya akan menekan perut buncit dan menjadikan ia seakan ‘tumpah’ dari seluar. Beli yang sesuai tak sesak di perut dan tidak terlalu menekan.

(**)#2 Beli seluar jenis potongan high-waist

(**)Seluar dengan potongan ini boleh menutupi perut buncit dengan baik. Di samping lebih bergaya, ianya juga boleh menyorok lemak di perut kerana seluar ini boleh berfungsi sebagai korset.

(**)#3 Baju longgar

(**)Jika anda sedang memakai seluar ketat di bawah pusat, pastikan anda memakai baju atasan yang longgar seperti sweater, blouse labuh, oversized kemeja dan sebagainya. Cara ini berkesan untuk menyembunyikan prut buncit dan mengalihkan perhatian pada baju yang dipakai. Untuk tampak lebih bergaya lagi, anda boleh juga menggabungkan dengan boots.

(**)#4 Beli seluar yang boleh ditegangkan

(**)Saat ini sudah banyak seluar dengan bahan yang boleh ditegangkan, bahkan untuk jeans. Anda boleh pilih legging, leather pants, spandex dan lain-lain yang sesuai dengan bentuk badan. Seluar seperti ini boleh memberi kesan kaki lebih kecil sekaligus tidak menyeksa bahagian perut yang buncit.

(**)#5 Korset

(**)Korset merupakan pakaian yang direka khas untuk membuat perut, pinggul malahan dada wanita tampak lebih kecil dan tubuh kelihatan lebih langsing dan menarik. Dengan korset, anda lebih bebas pakai baju yang lebih ketat atau bahkan skirt high-waist atau baju yang memberi lekuk tubuh.


EmoticonEmoticon