Tuesday, 24 May 2016

Resepi Pie Tee Rangup

Tags


Bahan-Bahan:

Bahan Kulit –

(**)60 gm tepung beras
(**)20 gm tepung gandum
(**)10 gm tepung ubi
(**)Garam secukupnya
(**)1 butir telur Gred C – dipukul sedikit
(**)240-250 ml air
(**)Minyak untuk menggoreng

Bahan Inti –

(**)1 sudu besar minyak
(**)4 ulas bawang merah – di cincang halus
(**)80 gm isi udang – di cincang
(**)200 gm hirisan lobak merah
(**)300 gm hirisan kubis
(**)1 sudu teh kicap cair
(**)Garam, serbuk lada sulah secukupnya

Bahan Sos –

(**)3 biji cili merah – dibuang biji
(**)1 ulas bawang putih – di cincang halus
(**)2 sudu besar sos cili Thai
(**)1 sudu besar cuka
(**)60 ml air masak
(**)Gula, garam secukupnya

Cara Membuat:

(**)1. Satukan semua bahan kulit. Tapis ke dalam mangkuk. Masukkan telur dan kacau sebati. Tuangkan air dan kacau lagi hingga sebati.

(**)2. Panaskan acuan dalam minyak. Bila dah panas, angkat dan celup ke dalam adunan tadi dan goreng hingga kuning keemasan.

(**)3. Untuk inti; Panaskan minyak, tumiskan bawang merah hingga harum. Masukkan bahan lain dan kacau. Angkat dan biarkan sejuk.

(**)4. Bila inti dah sejuk, isikan ke dalam kulit pie tee tadi. Jika inti diletak di dalam kulit terlalu awal, kulit akan menjadi lembik. Letak sebelum dihidangkan.

(**)5. Untuk sos; Kisar semua bahan hingga sebati. Hidangkan bersama pie tee.


EmoticonEmoticon