Bahan-Bahan:
(**)4 ekor ikan cencaru ~ siang, cuci bersih dan belah belakangnya
(**)sedikit garam
(**)sedikit kunyit
(**)1 sudu besar gula pasir atau gula Melaka
(**)minyak untuk menumis & mengoreng
Bahan Kisar/Tumbuk –
(**)5 tangkai cili kering ~ buang biji dan rendam hingga lembut
(**)3 ulas bawang putih
(**)5 ulas bawang merah
(**)1 inc belacan bakar
(**)1 inc halia
(**)1 sudu besar jus asam jawa
(**)1 batang serai
Cara Membuat:
(**)1. Ikan cencaru, di siang tetapi jangan belah bahagian perut, belah bahagian belakang antara kedua-dua belah tulang. Gaulkan dengan garam dan kunyit ketepikan.
(**)2. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar hingga harum. Perasakan dengan garam dan gula dan masak hingga sambal pekat dan kering. Angkat dan sejukkan.
(**)3. Sumbatkan sambal dalam belakang ikan yang telah kita belah tadi. Sumbat di kedua-dua bahagian belahan.
(**)4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan goreng ikan sehingga masak ( Kalau nak panggang pun boleh). Balikkan ikan supaya masak di kedua-dua bahagian ikan. Sedia di hidangkan.
EmoticonEmoticon