Wednesday 18 May 2016

Resepi Biskut Udang Kering

Tags


Bahan-bahan:

(**)230gm keju parut
(**)240gm mentega
(**)240gm tepung berserbuk penaik (tambah jika perlu)
(**)60gm udang kering (digoreng garing dan dikisar halus)
(**)½ sudu teh serbuk lada hitam
(**)Kuning telur sebagai bahan pengilat

Cara memasak:

(**)1. Putar mentega dan masukkan keju. Putar lagi.
(**)2. Selepas itu masukkan tepung berserbuk penaik, udang kering dan serbuk lada hitam. Uli dan jadikan doh lembut.
(**)3. Canai dan terap persegi empat dan kilatkan dengan kuning telur.
(**)4. Atur di atas dulang pembakar dan bakar di dalam ketuhar bersuhu 180°C selama 20 minit hingga kekuningan dan garing.
(**)5. Keluarkan dari ketuhar dan hidang.


EmoticonEmoticon