Wednesday, 18 May 2016

Resepi Biskut Tat Epal Merah

Tags


Bahan-bahan:

(**)250 gm mentega
(**)50 gm gula halus
(**)480 gm tepung gandum
(**)1 biji telur
(**)1 sudu kecil esen vanilla
(**)Sedikit pewarna hijau dan cengkih secukupnya
(**)1 sudu kecil tepung jagung
(**)1 biji kuning telur - untuk disapu di atas

Cara Menyediakan:

(**)1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur dan esen vanila, gaul rata. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung serta pewarna hijau. Uli hingga menjadi doh lembut.

(**)2. Ambil sedikit adunan isi inti dan bentuk seperti epal, cucukkan cengkih sebagai tangkainya. Sapukan kuning telur di atasnya. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150 darjah Celsius hingga masak.

Bahan Inti Epal Hijau:

(**)5 biji epal hijau - diparut
(**)1.2 cawan gula pasir

* Masak kedua-dua bahan hingga kering.


EmoticonEmoticon