Sunday, 15 May 2016

Resepi Biskut Marble Susu Cappucino

Tags


Bahan-bahan:

(**)125 gm mentega lembut
(**)95 gm susu pekat
(**)1/2 sdb gula halus
(**)1 3/4 cawan tepung naik sendiri - diayak
(**)1/2 sdk esen vanilla
(**)1 sdb serbuk koko - diayak
(**)1 sdt cappucino emulco

Cara membuatnya:

(**)1. Putar mentega, susu pekat manis, gula dan essen vanilla sehingga sebati
(**)2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diuli hingga boleh dikepal (jika adunan masih melekat teruk, ambil tepung sikit2, dan teruskan menguli. Jangan banyak sgt, nanti biskut jadi keras)
(**)3. Bahagikan adunan doh kepad 2 bahagian. Satu bahagian digaul bersama serbuk koko dan emulco cappucino, dan sebahagian lagi biarkan warna asal.
(**)4. Gulungkan kedua-dua doh secara berasingan dan memanjang.
(**)5. Lekatkan kedua2 doh, dan gulung lagi. Potong doh kepada beberapa bahagian dan bulat-bulatkan sebesar biji guli.
(**)6. Susun di atas dulang pembakar, dan leperkan dgn garfu.
(**)7. Bakar pada suhu 160darjah celcius selama 10-15 minit atau sehingga garing.


EmoticonEmoticon