Saturday 14 May 2016

Resepi Biskut Lidah Kucing

Tags


Bahan-bahan

(**)250 gm mentega
(**)175 gm gula kastor
(**)100 ml putih telur
(**)200 gm tepung gandum
(**)50 gm tepung jagung
(**)1/4 sudu teh emplex(peranggup biskut)
(**)Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru
(**)Loyang khas lidah kucing digris dengan sedikit mentega

Cara Membuat


(**)1. Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan
(**)2. Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim
(**)3. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati
(**)4. Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hingga rata
(**)5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
(**)6. Letakkan pewarna untuk setiap bahagian
(**)7. Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan
(**)8. Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil
(**)9. Paipkan atas loyang lidah kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut warna pelangi
(**)10. Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit
(**)11. Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah
(**)12. Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara


EmoticonEmoticon