Thursday 12 May 2016

Resepi Biskut Frambozen Kenari

Tags


Bahan-Bahannya ialah :

(**)500gm butter
(**)700gm tepung gandum
(**)110gm gula caster
(**)Sedikit jem ( gunakan jem blackcurrant lagi sedap )

Bahan Taburan :

(**)Badam hiris

Bahan Topping ( Dipukul Hingga Kembang ) :

(**)120gm putih telur
(**)240gm gula halus
(**)2 sudu teh tepung jagung

Nota : Pantang larang topping; Jangan terkena sebarang minyak atau butter, nanti kuih bantut

Cara Membuatnya ialah :

(**)1.Gula caster dan tepung digaul rata.
(**)2. Masukan butter dan uli hingga menjadi satu doh yang lembut.
(**)3. Canaikan adunan dalam loyang 9 x 12 x 1.
(**)4. Rata-ratakan dan dilubangkan dengan garpu.
(**)5. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160'C atau 170'C selama 10 - 12 minit atau hingga kekuningan.
(**)6. Keluarkan dan sapu dengan jem dan kemudian topping, badam hiris dan bakar lagi selama 10 minit.
(**)7. Biskut ini dipotong semasa panas.


EmoticonEmoticon