Monday 16 May 2016

Putih & Cantik Dengan Masker Muka Buah-Buahan Yang Anda Buat Sendiri Dalam Masa 10 Minit!

Tags


(**)Buah-buahan merupakan salah satu bahan semulajadi yang dipercayai mempunyai banyak kandungan vitamin yang dapat menyihatkan badan dan kulit.


(**)Bahkan cara merawat wajah agar putih dengan buah-buahan terbukti lebih efektif dan selamat kerana terlalu banyak khasiat yang tersembunyi yang boleh menjadi sumber kecantikan kulit wajah.Salah satunya adalah vitamin C dan E, yang mana kedua vitamin ini dipercayai dapat merawat wajah agar menjadi putih secara semulajadi.

(**)‘Scrubbing’ menjadi salah satu cara untuk membersihkan lapisan teratas kulit, aitu epidermis, dan membebaskannya dari sel-sel kulit mati akibat tumpukan kotoran dan minyak yang mengundang proses regenerasi. Proses ‘scrubbing’ ini sebaiknya dilakukan dengan rutin, paling kurang dua kali dalam seminggu, dengan menggosokkan skrub pada kulit secara perlahan.

(**)Jika kulit anda sensitif terhadap zat-zat kimia pada produk kosmetik, membuat masker muka sendiri adalah cara yang paling tepat. Nikmati khasiat masker wajah dari buah-buahan yang anda buat sendiri dalam tempoh 10 minit!  Apapun jangan lupa, cuci bersih buah-buahan tersebut sebelum diolah menjadi masker.

(**)Masker Untuk Wajah Kusam
(**)Kandungan strawberi dan betik yang diblender, ditambah dengan sebiji mentimun dan satu putih telur adalah bahan yang diperlukan buat pemilik wajah kusam. Sapukan ramuan tersebut pada wajah, biarkan selama 20 minit, kemudian barulah dibilas dengan air sejuk. Sel-sel kulit mati akan terkelupas ketika anda membasuh masker tersebut.Wajah anda akan menjadi lebih bersih dan halus.

(**)Masker Untuk Muka Penat
(**)Setelah seharian penat bekerja, beraktiviti atau berada di bawah cahaya matahari, kupas dua biji buah epal, blender, kemudian tambahkan setengah sudu teh madu dan setengah sudu makan oatmeal yang sudah dimasak. Gaul sampai rata, oleskan pada wajah dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam dan rehatkan tubuh anda.

(**)Masker Untuk Regenerasi Kulit
(**)Campuran kandungan buah betik dan mangga, bukan setakat  menghasilkan bau yang cukup menggoda, tetapi boleh dijadikan bahan eksfoliasi wajah.

(**)Masker Untuk Mencegah Penuaan Semulajadi
(**)Buah avokado yang kaya akan asid amino dan vitamin, sesuai untuk merawat kulit kering. Kadar lemaknya yang tinggi dapat melembapkan kulit dan melindungi kulit dari pengaruh sinar matahari.

(**)Untuk pemilik kulit kering, campurkan isi buah avokado yang sudah ditumbuk kasar bersama putih telur. Manakala pemilik kulit lembap pula, campurkan isi buah avokado tersebut dengan putih telur yang sudah dipukul dan ditambah satu sudu teh madu.

(**)Masker Untuk Kulit Berminyak
(**)Mengandung vitamin A, C, B1, B2, dan B3, kandungan lemon sangat baik untuk kulit berminyak. Campur satu sudu teh air lemon bersama satu putih telur yang sudah dipukul. Sapukan pada wajah, biarkan selama 15 minit, kemudian  bilas dengan air suam. Istimewanya, ramuan ini boleh digunakan pada setiap hari.


EmoticonEmoticon