(**)Putus cinta memang menyakitkan tetapi kalau boleh elak daripada melakukan 5 perkara ini. Please NO!!
(**)1. Telefon si dia setiap kali teringat
(**)Memang susah tetapi lagi menyusahkan jika anda gatal-gatal mendail nombor telefonnya. Untuk apa? Tanya khabar? Cuba bayangkan jika anda terdengar suara perempuan atau wanita di gagang sana, mesti lagi sakit hati bukan. Jadi, jangan buang masa dan tenaga.
(**)2. Kongsi perasaan sedih dan gembira di media sosial
(**)Walaupun tak tuju kepada sesiapa tapi percayalah ramai yang membaca apa yang anda luahkan. Walaupun sekadar quote dari lagu atau kongsikan filem. Semua orang akan tahu apa yang anda tuliskan tu, seperti: “Setiap perkara berlaku dengan sebab.” Kenapa kamu hentikannya? Simple, don’t do it!
(**)3. Gunting rambut tiba-tiba
(**)Move on dengan cara gunting rambut secara tiba-tiba. Percayalah, kalau kamu ke salon untuk ubah gaya penampilan terutama selepas baru sahaja putus cinta, memang kamu akan menyesal nanti bila keluar. Apa tidaknya, kamu berada dalam keadaan yang tidak keruan dan gunting rambut bukan penyelesaian masalah.
(**)4. Cuba berkawan rapat
(**)Tak senang tapi boleh sahaja jika sanggup hadapi realiti. Ada individu sebegini tetapi selalunya makan masa. Cuba bayangkan, si dia mula bercerita tentang that hot-new-girl dia baru berkenalan di tempat kerja? Kalau kamu sedang rasa kecut perut dan kerut dahi, jawapannya kamu tak bersedia.
(**)5. Terus ada cinta hati baru
(**)Mungkin ini cara anda. Memang wajar untuk anda miliki cinta hati baru tetapi bukankah ianya masih terlalu awal. Namun, tak dinafikan jika wujud tarikan kimia yang begitu kuat antara kalian tapi silalah berhati-hati untuk pastikan peluang masa depan yang lebih cerah masih ada.
EmoticonEmoticon