Tuesday, 31 May 2016

CARA UNTUK MELEMBUTKAN DAGING BEKU DALAM MASA 5 MINIT

Tags


(**)Memang leceh dan lama untuk menunggu daging yang kita bekukan dalam peti sejuk menjadi lembut sebelum dimasak. Kebiasannya , daging direndam dalam air untuk dilembutkan namun ia mengambil masa yang lama (kira-kira sejam) untuk menjadi lembut. Antara cara paling cepat dan mudah ialah dengan memasukkan daging ke dalam microwave namun kebiasannya kesegaran daging akan sedikit “lari” dan kemungkinan juga masakan anda akan menjadi overcooked.

(**)Apa kata , anda cuba pula petua yang disiarkan oleh  CTi,  sebuah stesyen televisyen dari Taiwan. Peralatan yang anda perlukan adalah dua periuk jenis steel .

(**)1. Terbalikkan periuk pertama.

(**)2. Letakkan daging yang ingin dilembutkan atas permukaan belakang (bahagian punggung) periuk tadi.

(**)3. Letakkan periuk yang satu lagi di atas daging tadi. (Kedudukan daging diapit oleh dua periuk)

(**)4. Isikan air ke dalam periuk tersebut.

(**)5. Tunggu sehingga daging beku tersebut  menjadi lembut. Masa yang diambil bergantung kepada ketebalan daging. (Biasanya 5- 10 minit)

(**)Untuk memudahkan pemahaman anda, kami kongsikan video penyiaran tips berkenaan. Video ini adalah dalam bahasa cina, namun visualnya masih dapat membantu anda memahami langkah yang perlu diambil.

(**)Secara fizik, logam khususnya aluminium adalah konduktor haba yang baik  dan haba yang dihasilkan melalui  proses ini sudah cukup kuat untuk melembutkan daging . Tekanan dari air juga menekan logam di atas daging sekaligus  meningkatkan kawasan permukaannya supaya ia boleh menyalurkan lebih banyak haba dari yang mempercepatkan daging menjadi lembut.

(**)Jadi proses memasak anda akan menjadi lebih cepat selepas ini. Tak perlu gusar lagi kalau anda terlupa untuk merendam daging lebih awal ataupun membatalkan niat anda untuk memasak gara-gara perlu menunggu lama. Selamat mencuba !!


EmoticonEmoticon