Sunday 15 May 2016

Khasiat Buah Tin Yang Tidak Ternilai, Mampu Tangani Pelbagai Penyakit Berbahaya

Tags


(**)Ramai di antara kita tidak mengetahui keistimewaan yang terdapat pada buah tin serta kepentingannya untuk kesihatan. Buah tin bukanlah berasal dari negara kita tetapi ia banyak didapati di sekitar negara Timur Tengah dan laut Meditranean.



(**)Walaupun buah tin berasal dari Syam, Palestin dan Mesir tetapi ia telah tersebar di Itali lebih kurang 2000 tahun yang lampau di mana ia berkembang dengan cepat melalui Selatan Eropah.

(**)Khasiat Buah Tin


(**)Buah tin tidak mengandungi garam, lemak dan juga kolesterol tetapi ia mengandungi lebih tinggi kandungan galian yang lain seperti kalium, serat dan zat besi.

(**)Dipercayai mempunyai bahan yang boleh melawan kanser. Di dalam buah tin mengandungi ‘polyphenols’ yang tinggi yang bertindak sebagai antioksidan. Antioksidan amat penting untuk tubuh badan kita kerana ia berfungsi menentang free radicals dalam badan yang boleh menyebabkan berlakunya kanser

(**)Buah tin mampu meningkat dan mengekalkan kesihatan tubuh badan manusia.

(**)Buah tin juga mengandungi sebatian lain yang menjadi bahan anti kanser iaitu ‘benzaldehyde’ dan ‘coumarins’. ‘Benzaldehyde’ telah terbukti mampu bertindak sebagai bahan anti tumor manakala ‘coumarins’ adalah untuk merawat kulit dan kanser prostat.

(**)Dikenali sebagai bahan pelancar, penahan sakit dan unsur perkumuhan air kencing.

(**)Buah tin juga didapati sesuai untuk pesakit kencing manis kerana serat yang terdapat dalam buah tin boleh memperlahankan proses penyerapan glukosa di usus kecil. Gabungan zat yang terkandung dalam buah tin iaitu serat yang tinggi dan karbohidrat dalam bentuk yang ringkas iaitu glukosa dan fruktosa mampu mengawal aras gula dalam darah seseorang.

(**)Kajian menunjukkan bahawa serat terlarut dalam buah tin boleh membantu mengawal gula di dalam darah dan mengurangkan kolestrol dalam darah dengan mengikatnya di dalam saluran penghadaman. Manakala serat tidak larut pula dapat melindungi dan mencegah daripada penyakit kanser usus besar

(**)Buah tin mempunyai khasiat yang berbeza daripada buah-buahan lain dan juga lazat serta mempunyai nilai pemakanan yang tinggi.

(**)Kalium dan magnesium di dalam buah tin dapat mengurangkan serangan angin ahmar dan juga mampu mengawal tekanan darah tinggi. Satu berita yang baik bagi pengidap penyakit darah tinggi kerana memakan buah tin boleh dijadikan amalan bagi mengurang dan mengawal penyakit tersebut.


EmoticonEmoticon