Monday 9 May 2016

Kehebatan Luar Biasa Anjing Polis Yang Patut Anda Tahu

Tags


(**)Apabila disebut anjing polis,semua orang akan terbayang seorang anggota polis sedang memegang seekor anjing yang besar dan garang menyebabkan semua orang takut untuk mendekati.


(**)Sebenarnya anjing polis ini dilatih sepenuhnya dan hanya bertindak jika diarahkan oleh pemegang anjing itu. Mungkin ramai yang tidak tahu,negara kita mempunyai Unit Anjing Pengesan atau lebih dikenali sebagai Unit K9 Polis Diraja Malaysia. Anjing penghidu atau anjing pengesan ialah anjing polis yang dilatih dan bekerja untuk menggunakan derianya kerana deria anjing memang diketahui sangat tajam berbanding haiwan lain.

(**)Anjing Polis – Unit K9 PDRM

(**)K9 ketika ini mempunyai sebanyak 157 ekor pelbagai baka anjing. Jenis baka anjing polis tersebut adalah German Shepherd, Belgium Shepherd,Labrador,Border Collie dan juga Weimaraner yang ditempatkan di 21 formasi di seluruh negara.

(**)Anjing polis ini berkebolehan mengesan penjenayah, dadah, mayat, senjata api dan bahan letupan.Selain itu juga,anjing polis ini juga diarahkan untuk membantu dalam tugas rondaan cegah jenayah khususnya di kawasan panas yang kerap berlaku jenayah jalanan. Malah anjing polis ini juga sering ditugaskan untuk menjaga keamanan ketika rusuhan, demonstrasi serta perlawanan bola sepak.

(**)Cabaran dihadapi untuk mengendali anjing K9 adalah memastikan haiwan itu patuh pada arahan.Anjing berkenaan perlu menjalani latihan kemahiran seperti duduk, baring dan mengesan dadah dan juga memahami Bahasa Malaysia.


(**)1. Anjing ‘Cadaver’

(**)Menariknya taktik penjenayah untuk ‘menghilangkan’ bahan-bahan bukti seperti mayat ke dalam sungai, tasik atau laut, sudah tidak lagi berkesan. Ini kerana anjing polis ini telah dilatih mengesan mayat dalam air oleh Kerajaan Finland.Latihan ini penting kerana semakin ramai penjenayah suka membuang bahan-bahan bukti termasuk mayat ke dalam air bagi mengelak daripada dikesan.

(**)Anjing polis iaitu Anjing Cadaver atau nama lainnya ‘Human Remains Detector Dog’ berkebolehan mengesan mayat sama ada yang ditanam atau tenggelam di dalam air. Antara fungsinya adalah:

(**)Mencari mayat kes bunuh yang telah ditanam atau dibuang ke mana-mana tempat.
(**)Mencari orang hilang yang disyaki telah mati samada dalam hutan atau tempat-tempat lain.
(**)Mencari mayat manusia atau human remains di tempat-tempat berlaku kejadian letupan bom, bangunan runtuh,kebakaran dan tanah runtuh.
(**)Mengesan jika terdapat mayat yang telah dibunuh dan diseret tetapi darah telah dibersihkan.


(**)2. Anjing Serbaguna (GPD)

(**)Anjing pelbagai guna (General Purpose Dog (GPD) ini mempunyai fizikal yang lebih besar dan fungsinya adalah untuk mengesan jenayah. Anjing polis ini juga digunakan semasa perhimpunan dengan tujuan untuk menakutkan orang ramai dan juga digunakan untuk membuat kawalan semasa pertandingan bola sepak. Jenis baka anjing polis ini adalah German Sherphed. Anjing ini sangat terkenal sebagai anjing yang paling cerdas,bijak dan juga berwaspada.



(**)3. Anjing Pengesan Narkotik

(**)Manakala anjing pengesan narkotik dikategorikan sebagai anjing dadah yang berfungsi untuk mengesan dadah yang disimpan oleh suspek di bahagian yang sulit atau sukar dikesan. Saiz anjing polis ini lebih kecil berbanding anjing serbaguna.



(**)4. Anjing Pengesan Bahan Letupan dan Senjata Api

(**)Anjing polis yang seterusnya terdiri daripada anjing pengesan bahan letupan dan senjata api yang digunakan untuk membantu mengesan bahan letupan atau yang tersembunyi seperti jerangkap samar. Jenis baka anjing yang digunakan adalah daripada jenis Labrador. Deria hidu anjing polis ini ternyata sangat kuat berbanding anjing-anjing lain. Oleh sebab itu,ia selalu digunakan untuk mengesan bom, penyelamat dan sebagai penunjuk arah.Jenis baka yang sama juga digunakan untuk anjing pengesan narkotik.

(**)Semoga dengan kehadiran anjing polis di tempat-tempat yang sering berlaku jenayah akan mendatangkan kegerunan kepada penjenayah, di samping memberi keyakinan kepada masyarakat untuk menjalankan aktiviti harian tanpa perasaan takut.


EmoticonEmoticon