Monday 9 May 2016

17 Makanan Kelantan Paling Sedap

Tags


(**)Tentu ramai yang suka menikmati makanan Kelantan yang cukup unik dan sedap ini!


(**)Bahkan, tentu ada di antara rakan anda yang sanggup memandu berjam-jam lamanya hanya untuk menikmati hidangan yang dirasakan sedap!Jauh beribu batu pun mereka sanggup asalkan dapat memenuhi kehendak tekak yang seakan sudah ‘ketagih’ dengan kelazatan makanan tersebut.

(**)Di Malaysia terdapat bayak makanan yang sedap dan unik boleh anda rasanya. Salah satunya di Kelantan atau negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Kalau anda bukan anak jati Kelantan, alahai ruginya jika berkunjung ke sana tidak mencuba pelbagai makanan enak di sana. Anda mungkin akan berasa sedikit lucu apabila mendengar nama beberapa makanan Kelantan ini. Jom, semak makanan popular di negeri tersebut.



(**)17 Makanan Kelantan Yang Cukup Unik

(**)1. Kuih Akok

(**)Kuih akok merujuk kepada sejenis kuih tradisi tradisional yang popular di Kelantan. Terdapat beberapa jenis kuih akok iaitu berbentuk bujur, mengikut acuan bahulu dan akok bunga yang dikenali juga sebagai akok Kemboja. Akok rasanya manis bertelur. Cara adunan dan pembakaran merupakan faktor yang menjadikan sesuatu kuih akok itu sedap.

(**)Biasanya akok nisan berwarna gelap, sementara akok daun pandan dan akok Kemboja berwarna hijau pucat. Akok berlauk mempunyai bentuk tekstur berspan. Akok biasanya kurang digemari oleh golongan muda kerana ia agak manis. Akok sesuai untuk dijadikan sebagi makanan petang kerana ia mudah dihidangkan, tidak melerai dan rasanya sedap.



(**)2. Nasi Kerabu

(**)Nasi kerabu merupakan hidangan nasi Melayu, sejenis nasi ulam dimana nasinya berwarna biru dan dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, keropok, jeruk dan sayur yang lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga kembang telang yang digunakan dalam masakan itu. Nasi ini boleh juga dimasak sebagai nasi putih atau nasi menggunakan kunyit. Ia sering dimakan dengan solok lada dan juga dimakan dengan keropok goreng.

(**)Ada dua jenis nasi kerabu disediakan di Kelantan. Yang biasa adalah nasi kerabu putih yang dimakan lengkap dengan kuah tumis. Susunan hidangan nasi kerabu yang biasa dimulai dengan nasi, ulam, sambal kelapa, kuah tumis dan budu. Ada juga versi biru yang tidak dimakan dengan kuah tumis sebaliknya hanya dimakan dengan ulam, sambal kelapa dan sambal cili. Kemudian di atasnya diramaskan beberapa keping keropok goreng dan dimakan dengan daging bakar atau telur masin.


(**)Nasi kerabu amat popular di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu, dan kini ia boleh didapati di seluruh Malaysia dan juga di selatan Thailand, di mana ia dikenali sebagai ‘khaoyam’.



(**)3. Kuih Tahi Itik

(**)Kuih tahi itik  merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gula. Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik. Kuih tahi itik disediakan dengan menggunakan putih telur yang telah diasingkan dari kuning telur. Selepas itu putih telur yang telah diasingkan itu akan disira dengan dimasak dalam air gula pekat dan dituang sedikit demi sedikit bagi menghasilkan bentuk akhir. Biasanya kuih tahi itik tidak dibentuk dalam bentuk tertentu kerana ia pada kebiasaannya hanyalah kuih sampingan kepada penyediaan kuih lain.



(**)4. Kuih Jala Mas

(**)Kuih jala mas merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis dihasilkan dengan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula,sama seperti kuih mas sejemput, tetapi mempunyai cara penyediaan dan rupa yang berbeza.

(**)Kuih jala mas disediakan dengan kuning telur  yang diurai ke dalam air gula yang menggelegak. Selepas beberapa lama apabila masak, adunan itu diangkat dan kemudiannya ditompokkan pada bahagian kecil atau juga boleh diletak begitu sahaja dalam bekas.

(**)Kuih jala mas mempunyai bentuk yang berjurai seperti mi halus. Ia biasanya hanya disediakan untuk perayaan istimewa seperti peminangan atau perkahwinan. Ini disebabkan cara membuatnya yang cerewet dan hanya menggunakan kuning telur menyebabkan kos yang tinggi.

(**)Pada kebiasaannya telur itik digunakan kerana ia mempunyai saiz kuning telur yang lebih besar. Selain itu, ia biasanya dihasilkan bersama kuih tahi itik kerana untuk tidak membazir baki putih telur yang tidak digunakan.



(**)5. Kuih Lompat Tikam

(**)Makanan Kelantan banyak dipengaruhi dengan rasa yang manis seperti kuih lompat tikam ini. Ia mempunyai dua lapisan iaitu lapisan tepung beras yang biasanya berwarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan yang berwarna putih di bahagian atas. Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan bersama air manisan atau gula kabung dan sesuai diminum bersama air putih.



(**)6. Kuih Bunga Tanjung

(**)Kuih bunga tanjung begitu sinonim dengan Negeri Kelantan iaitu sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur bercampur tepung dan disira dalam air gula. Ia dibentuk dengan menggunakan acuan dan dibentuk seperti titisan air yang berwarna kuning, tetapi boleh juga dibentuk dengan pelbagai bentuk lain mengikut citarasa pembuatnya.



(**)7.Ayam Percik Kelantan

(**)Ayam percik Kelantan sememangnya begitu lazat dan menyelerakan. Kuahnya yang berbeza dari tempat lain menjadikan ayam percik Kelantan begitu unik dan digemari ramai.



(**)8.Nasi Tumpang

(**)Nasi tumpang hanya boleh dijumpai di Negeri Kelantan iaitu gabungan nasi  bersama lauk yang diletakkan dalam daun pisang dan digulung berbentuk kon. Lauknya terdiri daripada masak lemak ikan, udang, serunding, sambal daging dan lain-lain lagi mengikut citarasa pembuatnya. Biasanya kelongsong daun pisang akan dibuat terlebih dahulu dan dimasukkan nasi panas seakan nasi impit  yang akan diletakkan berselangseli dengan pelbagai jenis lauk.



(**)9. Laksam Kelantan

(**)Laksam amat terkenal sebagai salah satu menu sarapan pagi di Negeri Kelantan. Kini, ia bukan sahaja popular di negeri Cik Siti Wan Kembang, malah telah diperkenalkan sebagai salah satu menu utama sarapan pagi di tempat-tempat lain di Malaysia. Laksam yang diperbuat daripada tepung beras dan tepung jagung ini dimakan bersama kuah ikan bersantan pekat. Lebih enak digaul bersama ulam-ulaman dan sambal belacan.



(**)10. Budu

(**)Budu ialah sejenis sos ikan yang cukup terkenal di Negeri Kelantan yang biasanya dimakan bersama nasi dan ulam-ulaman. Ia diperbuat daripada ikan bilis dan garam yang diperam sehingga memberikan rasa dan bau yang unik. Bukan sahaja rasanya yang sedap malah ia juga sumber terbaik Vitamin B12 dan garam galian seperti kalsium, natrium, magnesium, zat besi dan fosforus.



(**)11. Nasi Kak Wok

(**)Nasi berlauk ayam dipotong kecil-kecil, digoreng dengan campuran rempah tersendiri, dan gulai dengan resepi tersendiri ditambah dengan sambal belacan cukup memberi rasa enak tatkala dimakan pada waktu tengahari. Nasi Kak Wok  ini sangat popular di kawasan Kota Bharu.



(**)12. Kuih Badak Berendam

(**)Kuih badak berendam merupakan sejenis kuih tradisional yang  popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kuih badak berendam terdiri daripada adunan tepung beras yang digentel bulat dengan inti kelapa bercampur manisan. Bahagian tepung ini dibuat tawar kerana ia mempunyai inti yang manis dan dimakan bersama santan kelapa bagi memberikan rasa lemak. Kuih badak berendam dimakan bersama dengan kuah santan kelapa.



(**)13. Kuih Asam Gumpal

(**)Kuih asam gumpal merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis dan dihasilkan dengan menggunakan sagu mata ikan atau sagu biji dengan inti dan dimasak dalam kuah santan.

(**)Kuih asam gumpal disediakan dengan menggunakan sagu biji yang telah direbus dengan air yang dicampurkan dengan garam bagi membangkitkan rasa. Selepas itu sagu yang telah dimasak akan diisi dengan inti dan dijemput dengan tangan kepada bentuk akhir. Biasanya asam gumpal ini akan digumpal menjadi bulat sebesar satu gumpalan tangan. Ia kemudiannya akan dimasak dalam kuah santan sehingga pekat. Campuran gula merah, halia dan halba juga ditambah bagi menambahkan perisa.



(**)14. Pulut Bakar

(**)Pulut bakar ini disediakan dengan beras pulut, santan pekat, gula pasir, bunga cengkih dan halba. Ia berbeza  dengan pulut panggang yang biasa dimakan di Pantai Barat.



(**)15. Ketupat Sotong

(**)Ketupat sotong bukanlah ketupat yang selalu dimakan pada hari raya tapi ketupat sotong ini menggunakan pulut yang diisikan ke dalam sotong kemudian dimasak dengan gula Melaka dan bahan-bahan lain.



(**)16. Itik Solo

(**)Itik  Solo adalah seperti itik panggang. Apa yang menariknya ialah rempah-rempah yang digunakan oleh masyarakat Kelantan sedikit berbeza dengan di Pantai Barat. Jadi anda perlu cuba masakan ini untuk rasa yang unik.



(**)17. Etak

(**)Etak atau ada juga yang panggil etok-etok merupakan sejenis hidupan seperti kerang. Tetapi yang menariknya ia hanya popular di Negeri Kelantan. Mungkin di tempak lain juga ada, cuma ianya tidak sepopular di sana.


EmoticonEmoticon