Friday 20 May 2016

Jom, Melawat 9 Tempat Menarik Di Selangor. Rugi Kalau Tak Pergi!

Tags


(**)Jom ketahui lebih lanjut tentang beberapa tempat menarik di negeri Selangor yang mempunyai pelbagai jenis tarikan pelancong untuk datang ke sini.


(**)Pada tahun 2013, Negeri Selangor telah berjaya menarik sejumlah 5 juta pelancong asing dan usaha perlu dipergiatkan lagi untuk menambah bilangan jumlah pelancong asing dan tempatan dari masa ke semasa. Selangor mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dilawati dan sesuai sekali dijadikan lokasi percutian anda bersama keluarga.

(**)ANTARA TEMPAT MENARIK DI SELANGOR UNTUK DI KUNJUNGI ADALAH:

(**)1. SUNWAY LAGOON

(**)Sunway Lagoon Water Park merupakan taman tema air pertama air yang terdapat di Malaysia. Banyak sukan dan permainan yang berasaskan air terdapat di sana. Anda juga boleh membeli belah di Sunway Pyramid kerana ianya bersebelah dengan Sunway Lagoon.

(**)Taman tema ini memuatkan pelbagai tarikan untuk anda sekeluarga.Terdapat lima taman tema di sini. Anda boleh mandi-manda di bawah matahari tropika di Taman Air, menjerit sekuat-kuat hati di Scream Park, menikmati tunggangan mendebarkan di Amusement Park atau bermain perang olok-olok dengan paintball di Extreme Park. Aktiviti operasinya ialah setiap hari iaitu 10:00 pagi – 6:00 petang.

(**)Kanak-kanak di bawah 90cm tinggi masuk PERCUMA.
(**)Untuk Semua Harga Tiket Taman (Water Park, Amusement Park, Wildlife Park Extreme Park dan Scream Park)

(**)Pelancong Asing

(**)Dewasa: RM 120
(**)Kanak-kanak / Warga Emas: RM 90
(**)Warganegara Malaysia

(**)Dewasa dengan MyKad: RM 90
(**)Kanak-kanak / Warga Emas dengan MyKad: RM 65


(**)2. MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

(**)Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam adalah salah sebuah bangunan yang paling mengagumkan di negara ini. Bangunan yang dikenali juga sebagai ‘Masjid Biru’ ini mempunyai menara tertinggi di dunia. Apabila pelancong menghampiri masjid ini, mereka dapat melihat kubah birunya yang besar.

(**)Bahagian bibir kubah serta ruang dewan sembahanyang utama dipenuh hiasan seni kaligrafi Islam manakala seni bina ruang dalaman pula mempamerkan ciri-ciri rekabentuk etnik Melayu. Cahaya matahari yang memancar masuk menerusi tingkap kaca masjid yang berwarna biru memandikan ruang dalam masjid dengan warna kebiruan yang menenangkan.

(**)Di luar Masjid Biru terdapat Taman Kesenian Islam iaitu sebuah taman yang menarik dengan landskap indah persis sebuah syurga yang diilhamkan dari Al-Quran. Kawasannya merangkumi keluasan 14 hektar dan mengandungi sembilan buah galeri pameran yang mempamerkan koleksi hasil kesenian Islam seperti hasil seni khat, ukiran, lukisan dan seni bina.



(**)3.LITAR LUMBA ANTARABANGSA SEPANG

(**)Litar F1 Sepang mempunyai dua lapis anjung penonton yang boleh menampung 30,000 orang hadirin serta anjung utama yang boleh memuatkan 100,000 orang hadirin. Sejak menjadi tuan rumah perlumbaan Formula 1 buat kali pertama pada tahun 1999, Litar F1 Sepang telah menjadi salah sebuah litar yang paling terkenal di kalangan pemandu-pemandu F1 dan peminat pemotoran.

(**)Litar sepanjang 5.542km yang mengagumkan ini memaparkan 15 selekoh dan 8 jalan lurus. Perlumbaan Malaysia F1 Grand Prix Petronas mengumpulkan pemandu-pemandu terbaik dunia untuk bertanding di litar ini. Pastikan anda membawa losyen pelindung sinar matahari, air minuman dan topi.

(**)Harga tiket untuk tempat duduk kelas pertama adalah rm500, tempat duduk kelas ke 2 adalah rm 350, dan harga tempat duduk di belakang adalah rm 200. Ianya termasuk perlumbaan motor GP.


(**)4.BUKIT CERAKAH

(**)Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) adalah kawasan hutan digabungkan dengan ladang dan taman-taman botani yang terletak ke arah utara bandar Shah Alam. Tempat itu juga dikenali dengan nama Bukit Cahaya Sri Alam, hutan simpan itu sendiri dinamakan Hutan Simpan Bukit Cerakah.

(**)Sebelum ini ianya meliputi beberapa ribu hektar, banyak kawasan rendah di hutan telah pun ditukar menjadi kawasan perumahan dan kini hanya sebilangan kecil sisa hutan hujan asal kekal, terutamanya tertumpu kepada beberapa bukit.

(**)Manakala kawasan tanah rendah adalah rumah kepada taman botani, dengan banyak plot yang memaparkan pelbagai jenis tanaman pertanian dan pokok-pokok ditanam bersama pokok-pokok hutan hujan. Seluruh kawasan kini berjumlah kira-kira 800 hektar.

(**)Waktu lawatan bermula dari 8.00 pagi hingga 4.30 petang
(**)Jika hendak menunggang basikal: Basikal ada disediakan. Caj yang dikenakan berpatutan, iaitu 1 jam RM5.00.


(**)5. SETIA MALL DI SHAH ALAM

(**)Setia Alam Mall adalah sebuah tempat tarikan yang amat menarik di Selangor iaitu yang terletak di kawasan Seksyen U13, Shah Alam, Selangor, Malaysia. Ia boleh diakses melalui Lebuhraya Setia Alam dari Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) sejak pertukaran telah dibuka pada 14 Julai 2006.

(**)Dengan pemandangan yang cantik yang berlampu warna warni akan menarik siapa yang pergi. Dalamnya juga terdapat banyak kedai butik bagi mereka yang minat untuk membeli belah seperti pakaian dan barangan gajet.

(**)Di kawasan luarnya juga amat menarik kerana terdapat padang rumput yang luas serta air pancut yang berwarna warni. Sesiapa yang ingin melepaskan tekanan amat sesuai berkunjung di sana bersama keluarga mahu pun rakan.



(**)6. I-CITY SHAH  ALAM

(**)I-City terletak di seksyen 7 Shah Alam. I-City adalah taman tema di mana tarikan utamanya dinyalakan oleh berjuta-juta lampu LED yang terang. Tempat kegemaran keluarga dan kanak-kanak di Shah Alam ini terkenal dengan pohon maple dan pine palsu serta bunga matahari yang dihiasi dengan lampu LED berwarna-warni yang dinyalakan pada waktu malam.

(**)Di taman ini, anak-anak juga boleh menikmati pelbagai permainan seperti menaiki  2-Tier carousel, ‘spacewalk’ atau menyaksikan filem thriller 6D di mini teater berdekatan. Tiket kemasukan ke taman bermula dari RM10 dan harga setiap tarikan bermula dari RM5 untuk satu permainan.

(**)Antara tempat hiburan yang seronok di i-city ialah waterpark, dibuka pada November 2012, taman tema air seluas 10 ekar di i-City mempunyai pelbagai tarikan yang sesuai untuk semua peringkat umur. Tarikan utamanya di sini ialah The Tornado.

(**)The Tornado adalah tunggangan selama 28 saat di mana penunggang dalam kumpulan seramai empat orang akan menggelongsor menggunakan tiub getah ke dalam terowong air curam setinggi 7-tingkat dengan kecerunan 45 darjah.

(**)Tiket masuk bermula dari RM50 seorang


(**)7. PUSAT BELI BELAH TERBESAR IAITU ONE CITY DI SUBANG

(**)Satu tempat yang terkenal dengan bangunan perimeter ‘hallmarked’ itulah  One City, tempat ini terletak di Subang Jaya. Konsep pembinaannya yang di bina bertemakan ‘garden’,iaitu bangunannya di tumbuhi anak anak pokok hijau. Di dalamnya terdapat pusat membeli-belah, ruang pejabat, sebuah menara pejabat korporat dan hotel kelas perniagaan.

(**)Selain itu, apa yang amat menarik di sini ialah skypark di One City, anda dapat berjalan dan melihat dari tingkat atas melalui kaca. Sungguh mengujakan apabila kita boleh lihat suasana shopping dari atas iaitu dari tingkat 11. Masuk di skypark ini adalah percuma.



(**)8. PENDAKIAN DI BUKIT BROGA

(**)Ianya terletak berdekatan Semenyih dan sejauh 4 kilometer menghala ke Broga. Ketinggiannya ialah 400 meter dari paras laut. Bukit Broga kini menjadi tumpuan orang ramai terutama di hari minggu dan cuti umum sebagai tempat rekreasi.

(**)Malahan dengan ketinggian yang sederhana ini mampu menjadi lokasi latihan bagi mereka yang suka dengan aktiviti pendakian. Aktiviti pendakian di sini amat menyeronokkan kerana apabila anda mendaki sewaktu pukul 6 pagi akan anda akan dapat melihat matahari terbit dengan lebih dekat. Bukit Broga juga menjadi lokasi bagi penggemar fotografi untuk merakam gambar matahari terbit dan terbenam.

(**)Untuk mendaki di Bukit Broga adalah percuma, anda hanya dikehendaki membayar parking kereta yang berjumlah rm5.00 sahaja.


(**)9. MAKAN SEAFOOD SEGAR DI TANJUNG HARAPAN KLANG

(**)Tanjung Harapan letaknya tidak jauh daripada Pelabuhan Utara atau North Port. Di sekitar kawasan ini terdapat kilang-kilang dan gudang kerana Port Klang adalah juga kawasan perindustrian. Istimewanya di Tanjung Harapan ialah kapal-kapal dagang yang besar dan bot-bot kecil boleh saja dilihat berlabuh, belayar keluar dan masuk ke pelabuhan dengan jelas.

(**)Tanjung Harapan Port Klang disebut-sebut dan memang terkenal di Malaysia sebagai tempat makan yang terbaik. Restoran makanan laut yang terkenal memang ada di sini. Restoran yang luas, berkonsepkan open space, dengan tiupan angin laut yang begitu terasa, didendangkan dengan muzik dan lagu daripada band khas di situ.

(**)Antara restoran yang menarik disini termasuklah Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan. Restoran ini juga ada cawangannya di Umbai Melaka dan beberapa kawasan makanan laut di Malaysia. Restoran ini boleh memuatkan hampir 700 org pada satu-satu masa.

(**)Harga makanan tidak ditetapkan kerana ianya bergantung kepada harga pasaran semasa seperti ikan,ketam,sotong dan udang.


EmoticonEmoticon