Friday, 20 May 2016

Jangan Sampai Anda Salah Memakai Eyeliner!

Tags


(**)Anda Gemar Memakai Eyeliner? Eyeliner boleh memberikan efek besar dalam penampilan seorang wanita.


(**)Hanya dengan pemakaian eyeliner sahaja, pesona yang terpancar daripada mata mampu meruntun hati sesiapa yang melihatnya. Namun, ramai wanita kerap melakukan perkara-perkara tertentu ketika memakai eyeliner yang mana boleh mencacatkan penampilannya.

(**)Berikut beberapa kesalahan yang kerap dilihat apabila kaum wanita memakai eyeliner.Antaranya:

(**)Memakai Eyeliner Bawah Mata Terlalu ‘Over’
(**)Ramai wanita yang gemar memakai eyeliner pada bahagian bawah mata. Namun, pemakaian eyeliner secara berlebihan boleh membuatkan mata anda nampak mengecil serta merosakkan penampilan anda yang elegan.



(**)Memakai Celak Tebal & Gelap
(**)Memberikan sentuhan garisan yang tebal dan berwarna gelap pekat pada mata akan merosakkan penampilan. Ada baiknya anda memilih warna coklat atau memakai yang memberikan kesan nipis agar penampilan anda kelihatan lebih natural.



(**)Mengaplikasi Teknik Pemakaian Yang Tidak Betul
(**)Menggunakan eyeliner biasanya dimulakan dari tengah kelopak dan berhujung di sudut luar mata. Namun, anda yang suka membentuknya bermula dari bahagian hujung. Memberikan garisan berlebihan pada sudut luar mata juga boleh membuatkan hujung mata nampak berkedut.



(**)Membuat ‘Comot-Comot’
(**)Eyeliner berbentuk pensel boleh bekerja dengan baik ketika ada menggunakannya dalam keadaan tergesa-gesa kerana ia tidak meninggalkan kesan yang comot dan boleh memberikan kesan kasual. Aplikasikan garis pertama dengan pensel eyeliner yang nipis, kemudian barulah anda tebalkannya.

(**)Manakala eyeliner cair tidak boleh digunakan pada waktu yang singkat. Ia memerlukan waktu yang ekstra untuk mendapatkan hasil yang menawan. Jika ingin memakai eyeliner nipis, ada baiknya anda menggunakan eyeliner gel kerana ia memberikan kesan glamor dan biasanya bersifat waterproof.


EmoticonEmoticon