Saturday, 21 May 2016

Jenis Ubi Yang Boleh Jadi Pengganti Nasi

Tags


(**)Nasi merupakan makanan ruji yang diambil setiap hari. Bahkan ada yang menganggap jika tidak makan nasi ibarat mereka belum makan. Nasi lebih cepat diserap menjadi gula dalam darah. Nasi putih mempunyai indeks glisemik kira-kira 88 hingga 89. Tentu sahaja ia tidak baik untuk tubuh terutama bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan selain mereka yang mempunyai penyakit seperti diabetes.

(**)Bagi seseorang yang sedang menjalani program diet, tidak disyorkan untuk makan nasi. Tetapi kalau tolak nasi, makanan apa yang harus diambil supaya anda kenyang tetapi tetap sihat? Sumber karbohidrat bukan hanya nasi semata-mata. Salah satunya ialah aneka ubi.

(**)Ayuh kita selidik khasiat yang terkandung dalam aneka jenis ubi ini.

(**)1. Ubi keladi
(**)Khasiat: Ubi keladi mempunyai banyak zat mineral dan vitamin. Antaranya ialah tiamina, zat besi, kalium dan fosforus. Ia juga merupakan sumber kanji yang sangat tinggi.

(**)2. Ubi Jepun
(**)Khasiat: Ubi Jepun mengandungi kandungan beta karotena yang tinggi. Ia ‘bekerjasama’ dengan vitamin A dan C.

(**)3. Ubi kayu
(**)Khasiat: Mempunyai kandungan kalori, serat diet, mangan, potassium, vitamin B6, vitamin C, protein, lemak, kalsium, fosforus dan zat besi. Ianya berfungsi untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan juga membantu mengawal diabetes.

(**)4. Ubi keledek
(**)Khasiat: Ubi keledek mengandungi vitamin B6 yang tinggi. Ia membantu untuk mengurangkan hemocysteine kimia dalam tubuh. Ubi kayu juga kaya dengan vitamin D, zat besi dan magnesium yang diperlukan oleh tubuh.

(**)5. Ubi kentang
(**)Khasiat: Mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi. Kandungan potassium dalam ubi kentang adalah dua kali ganda jumlahnya berbanding pisang dan fiber.

(**)6. Ubi sengkuang
(**)Khasiat: Mengandungi mineral dan vitamin C. Jus ubi sengkuang yang dicampurkan dengan sedikit gula elok diminum untuk melawaskan pembuangan air kecil, penawar demam kuning dan gout.


EmoticonEmoticon