(**)Ruang Tamu dan Dekorasi Bilik Tidur Utama sama-sama penting!
(**)Jangan hanya biarkan ruang tamu dihias cantik untuk tatapan tetamu. Bilik tidur utama juga perlu menarik untuk diri sendiri dan pasangan atau tidak terkecuali yang masih bujang.Bilik tidur utama bukanlah hanya untuk tidur. Ia digunakan untuk merehatkan diri, membuat kerja dan lain-lain. Untuk mencipta suasana yang lebih menarik, anda perlu menambah dekorasi yang menarik supaya bilik tidur utama anda menjadi lebih “fresh” dan hidup.
(**)Tips Dekorasi Bilik Tidur Utama
(**)1. Warna cat bilik
(**)Jika kita melihat, trend sekarang lebih kepada warna-warna polos seperti putih, coklat dan krim. Warna-warna ini akan menjadikan bilik lebih “warm” dan redup. Cuba elakkan dari memilih warna-warna terang seperti merah terang atau oren. Penggunaan warna memainkan peranan penting pada mood semulajadi manusia.
(**)2. Perabot
(**)Pilih perabot yang bersesuaian dengan konsep bilik tidur utama anda. Pastikan katil dan meja sisi ditempatkan di ruang yang sesuai. Elakkan meletak katil bertentangan dengan pintu masuk, lebih-lebih lagi jika pintu tersebut menghadap ruang tamu. Pastikan saiz perabot bersesuaian dengan ruangan bilik dan pilih almari yang mempunyai ruang stor yang lebih fleksible dan luas.
(**)3. Wallpaper dinding
(**)Jika anda ingin memasang wallpaper pada dinding bilik, pilih kemasan yang lembut dan ringkas. Elakkan corak terlalu sarat kerana ia akan menjadikan suasana kamar menjadi sesak dan tidak menarik.
(**)4. Warna langsir
(**)Padankan warna langsir dengan warna dinding dan juga cadar. Jika bilik tidur utama anda kecil, pilih langsir polos atau corak motif yang lebih kecil.
(**)5. Penggunaan cadar
(**)Pilih corak cadar yang sesuai dengan konsep ruang bilik tidur utama anda. Cubalah menggunakan cadar yang lebih polos dan natural kerana ia akan membuat bilik tidur utama anda lebih kemas dan tenang.
(**)6. Dekorasi dinding
(**)Jika dinding kosong, letak sedikit hiasan deko yang menarik seperti frame bunga atau gambar perkahwinan di atas kepala katil atau tempat yang sesuai. Frame besar akan menjadi titik tumpu untuk sesebuah bilik. Namun jangan letak di sekeliling bilik, lebih-lebih lagi pada bilik yang kecil.
(**)7. Bau-bauan, udara dan pencahayaan
(**)Letakkan penyegar dan haruman yang mampu membuat bilik anda terasa nyaman dan segar. Jangan biarkan bilik anda terkedap tanpa sebarang pencahayaan. Sesekali buka tingkap atau pintu untuk pengaliran udara dan cahaya yang baik.
EmoticonEmoticon