Wednesday, 4 May 2016

Intai 7 Tempat Menarik Dan Seronok Dilawati Di Kota Kinabalu

Tags


(***)Anda tercari-cari tempat percutian yang menarik untuk anda lawati bersama keluarga ataupun untuk berbulan madu?Apa kata, jom pergi ke Kota Kinabalu yang terletak di Negeri Bawah Bayu iaitu Sabah.


(***)Pastinya percutian anda bersama yang tersayang berbaloi. Jom semak 7 tempat menarik di Kota Kinabalu.


(***)1. Gunung Kinabalu

(***)Tempat menarik di Kota Kinabalu tidak lain tidak bukan ialah Gunung Kinabalu. Tidak sah ke sini jika anda tidak ke sini kerana ia merupakan ikon Sabah dan juga antara 5 gunung tertinggi di Asia Tenggara. Gunung ini boleh ditawan oleh sesiapa yang cergas dan tidak terhad kepada pendaki berpengalaman sahaja. Namun jika anda tidak mahu mendaki, cukup sahaja jika anda ke kaki gunung ini. Di kaki gunung ini terdapat Taman Kinabalu yang cukup mengujakan anda. Pastikan anda memilih kos mendaki mengikut bajet percutian anda sebelum mendaki.


(***)2. North Borneo Steam Railway

(***)North Borneo Steam Railway mungkin kurang terkenal di kalangan rakyat tempatan, tetapi cukup digemari oleh pelancong asing yang ingin merasai suasana zaman perang Malaya dulu.

(***)Di sini anda dapat merasai melihat suasana bandar dan luar bandar Sabah dengan lokomotif Jepun zaman 1970an selama 4 jam. Trip keretapi ini lengkap dengan makan pagi dan tengahari tetapi hanya dibuat pada hari Rabu dan Sabtu sahaja bermula pada pukul 9.30 pagi hingga 2 petang. Manakala bayarannya ialah RM 290 bagi dewasa dan untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun,bayarannya ialah sebanyak RM 185. Ternyata pengalaman ini cukup menyeronokkan untuk mereka yang sukakan nostalgia dan sejarah.


(***)3. Desa Dairy Farm,Kundasang

(***)Tempat ini yang terkenal dengan jolokan namanya sebagai New Zealand Sabah melengkapkan lagi tempat menarik di Kota Kinabalu ini. Projek tenusu Desa Dairy Farm di kaki gunung Kinabalu ini adalah antara tempat yang perlu anda lawati jika anda ingin melihat suasana penternakan lembu dan kambing di dalam cuaca Malaysia.

(***)Dengan suhu sejuk dan pemandangan gunung, ladang tenusu ini menjadi tempat pilihan ramai pengantin serta krew filem bergambar atau merakamkan penggambaran sekiranya memerlukan suasana ala-ala adang di Eropah. Di sini juga anda boleh melihat sendiri proses memerah dan memproses susu selain dari berpeluang membeli susu segar terus dari ladang ini.


(***)4. Pasar Malam Sinsuran

(***)Dianggap antara pasar malam terbaik di Asia Tenggara, Pasar Malam Sinsuran yang dibuka setiap hari adalah tempat anda menjamu selera di samping melihat aneka jenis barangan dari pelbagai etnik di Sabah. Terletak di tepi laut dan di bawah deruan enjin kapal terbang, pasar harian ini adalah tempat menarik di Kota Kinabalu yang mudah untuk anda mencari kuih sagu, belacan dan pelbagai makanan laut dan makanan eksotik sebelum pulang ke bilik hotel.


(***)5. Pulau Manukan

(***)Sebut saja pulau manukan,pastinya terbayang pantainya yang cantik memutih. Pulau Manukan yang merupakan salah satu dari pulau yang di dalam Taman Laut Tunku Abdul Rahman yang popular di kalangan pelancong ke Kota Kinabalu. Di sini anda boleh mandi-manda dan bermain-main dengan pelbagai jenis ikan yang cukup rajin bermain di pesisir pantai.

(***)Jika anda ingin bermalam di sini, terdapat sebuah resort yang dilengkapi kolam renang, restoran dan gelanggang tenis di dalam pulau iaitu Manukan Island Resort. Sekiranya anda ingin datang ke sini,anda bolehlah membeli tiket untuk bot ke Pulau Manukan melalui jeti Jesselton Point. Harga tiket bermula dari RM30.


(***)6. Pasar Filipina

(***)Tidak sah ke Kota Kinabalu jika tidak ke pasar mutiaranya. Rata-rata peniaga di sini berbangsa Filipina. Pelbagai mutiara jenis air tawar dan air masin yang dijual sebagai kerongsang, rantai dan gelang di sini. Malah anda juga boleh mencari cenderamata kecil lain seperti barangan buluh dan kayu untuk di bawa pulang. Tetapi anda dinasihatkan supaya jangan mudah tertipu apabila membeli mutiara di sini dan jangan lupa untuk tawar menawar. Menariknya lagi mengenai Pasar Filipina ini ialah ia sangat terkenal dengan makanan laut seperti sotong, udang, ikan dan bermacam lagi dengan harga yang berpatutan.


(***)7. Muzium Sabah

(***)Lengkapkan percutian di tempat menarik di Kota Kinabalu ini dengan mengetahui secara mendalam tentang Sabah dengan melawati Muzium Sabah. Terletak kira-kira 15 minit dari pusat bandar Kota Kinabalu,muzium ini adalah antara muzium paling unik di Malaysia kerana ia bukan sahaja memuatkan artifak bersejarah tetapi juga zoo mini, kampung budaya dan taman herba dalam satu kompleks.

(***)Harga tiketnya sangat murah untuk dewasa dengan menggunakan Mykad iaitu RM2 manakala harga tiket untuk pelancong asing adalah RM15.


EmoticonEmoticon