Wednesday, 4 May 2016

5 Petua Dan Cara Menghilangkan Bintik-Bintik Hitam

Tags


(**)Selain jerawat, bintik hitam atau lebih dikenali sebagai “black head” boleh membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orrang lain.


(**)Bintik hitam terjadi kerana terdapat liang-liang pori yang tersumbat yang disebabkan oleh debu, bahan kosmetik dan kotoran yang tidak dibersihkan dengan betul.Namun, menghilangkannya bukanlah sesuatu yang mudah seperti membersihkan wajah dengan pencuci muka atau skrub. Ramai yang berkunjung ke pusat-pusat kecantikan untuk sesi facial dan turut membuat proses extraction bagi mengeluarkan bintik hitam tersebut.

(**)Punca Bintik Hitam Di Wajah

(**)Pemakaian produk-produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia.
(**)Ketidakseimbangan hormon.
(**)Gaya pemakan yang mempunyai banyak toksin.
(**)Pemakaian produk yang berasaskan minyak (menyebabkan liang roma tersumbat dan merangsang pertumbuhan jerawat seterusnya menyebabkan kehadiran bintik hitam).


(**)Petua Dan Cara Menghilangkan Bintik Hitam

(**)1. Telur

(**)Rendam sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Kemudian, letakkan tisu itu di bahagian yang ditumbuhi bintik hitam. Tanggalkan tisu setelah ia kering. Selepas itu, bilas muka dengan bersih serta menggunakan pencuci muka yang bersesuaian. Anda disarankan menggunakan petua ini sebanyak dua kali dalam seminggu.



(**)2. Madu

(**)Ambil sedikit madu dan sapukan dibahagian yang ditimbuhi bintik hitam. Biarkan ia sehingga kering. Setelah ia kering, cuci wajah anda sehingga bersih dan keringkan wajah anda.



(**)3. Bawang putih, limau nipis dan putih telur

(**)Ambil seulas bawang putih, bersihkan ia dan tumbuk sehingga lumat. Selepas itu, gaulkan ia bersama perahan limau nipis dan putih telur. Kemudian ambil beberapa helai tisu dan basahkan tisu tersebut sebelum meletakkan diatas muka. Seterusnya, ambil ramua tadi dan tempelkan ia diatas tisu tadi. Biarkan sehingga kering dan bilas muka anda dengan air suam.



(**)4. Lemon

(**)Potong lemon kepada dua bahagian. Titiskan beberapa titisan madu keatas permukaan lemon tadi. Kemudian sapukan potongan lemon itu pada wajah anda yang ditumbuhi bintik hitam.



(**)5. Kulit Kayu Manis & Beras Pulut

(**)Caranya, campurkan kulit kayu manis bersama beras pulut. Setelah itu, goreng tanpa menggunakan minyak sehingga nampak kekuningan. Cara penggunaannya, kisar lalu gosokkan pada muka dua kali dalam seminggu.


EmoticonEmoticon