Saturday, 28 May 2016

INFO! 9 FAKTA ANEH TENTANG BAYI YANG DOKTOR TIDAK PERNAH BERITAHU ANDA

Tags


(**)Bayi! Adalah kurniaan tuhan yang paling mulia untuk pasangan yang sudah menjalinkan ikatan sah sebagai suami isteri. Bayi itu adalah satu rahmat, rezeki yang dihantar oleh Allah s.w.t untuk mewarnai kehidupan si wanita dan lelaki yang bergelar ibu bapa.

(**)Selain genit dan comel, ada banyak lagi perkara yang anda tidak tahu berkenaan dengan bayi baru lahir. Ini dia Wanista kongsikan 9 fakta aneh lagi menarik berkenaan dengan bayi. Yup! Doktor yang menyambut kelahiran bayi itu pun belum tentu akan beritahu anda fakta-fakta ini.

(**)#1 Bayi Tidak Boleh Merasa Garam

(**)Bayi baru lahir sememangnya mempunyai deria rasa yang sangat bagus. Cuma, mereka tidak mempunyai kebolehan untuk merasa rasa masin atau garam! Kajian menunjukkan bayi tidak boleh merasa rasa masin atau garam sehingga umur mereka mencapai 4 bulan.

(**)Mereka boleh merasa perisa yang lain, termasuklah semua perisa yang boleh dirasai orang dewasa seperti manis, masam dan pahit. Sebab itu, anda boleh lihat kebanyakkan bayi buat muka tatkala mereka menghisap potongan buah oren atau lemon :)

(**)Sebuah lagi kajian mendapati bahawa, ada kemungkinan yang bayi turut mempunyai deria rasa lebihh daripada manusia dewasa.

(**)#2 Mereka Berteriak Tanpa Mengeluarkan Air Mata

(**)Mmm… bayi baru lahir memang akan menangis tidak henti-henti. Yang peliknya, tidak pula air mata keluar? Yup! Ini kerana saluran air mata mereka masih belum berfungsi, sehinggalah umur mereka mencapai 3 hingga 12 minggu.

(**)Walau bagaimanapun, seorang bayi baru lahir masih boleh menghasilkan air mata yang dipanggil “basal tears” iaitu sejenis air mata yang terhasil bukan kerana emosi tetapi kerana ianya berfungsi untuk melembabkan bebola mata manusia.

(**)#3 Bayi Tidak Punyai Kepala Lutut

(**)Yeke? Jika anda X-ray kaki bayi sekali pun, belum tentu anda dapat lihat dengan jelas struktur tulang kaki bayi itu. Ini kerana: Kesemua tulang itu akan mula membentuk tulang rawan. Ianya masih lembut dan akan mengeras dari masa ke masa.

(**)Tempurung lutut atau kepala lutut akan mengambil masa yang panjang untuk membentuk (dari 3 hingga 5 tahun) dan oleh kerana itu, tulang rawan yang ada pada lutut bayi baru lahir tidak akan timbul dalam imbasan X-ray. Mereka tidak mempunyai kepala lutut.

(**)idak mempunyai kepala lutut bukanlah suatu kecacatan yang dialami bayi, malah ia sebenarnya suatu kelebihan kerana tisu lembut yang mengganti kepala lutut bagi menampung lapisan dalam lutut bayi itu sebenarnya berfungsi untuk memberi perlindungan ke atas bayi terutama ketika mereka baru belajar merangkak dan baru belajar berjalan.

(**)Walaupun selalu terjatuh, lutut mereka tidak akan tercedera dan sakit kerana ia adalah lapisan ampung yang lembut dan tidak keras seperti kepala lutut.

(**)#4 Bayi Miliki Banyak Tulang Berbanding Orang Dewasa

(**)Banyak sangat! Bayi mempunyai lebih 300 tulang manakala orang dewasa hanya punyai 206 tulang.

(**)Rata-rata tulang bayi masih terpisah dan belum bersambung seperti kes kepala lutut tadi. Sebagai contoh: Tulang tengkorak bayi masih lagi terpisah kepada beberapa bahagian dan akan mula bersambung perlahan-lahan sehingga menjadi satu tengkorak manusia yang sempurna sebaik sahaja umur mereka menjangkau 2 tahun.

(**)#5 Bayi Datang Haid

(**)Ketika masih di dalam perut ibu pun, bayi telah terdedah dengan kadar hormon estrogen yang tinggi.

(**)Ketika lahir, apabila si bayi terpisah dari ibunya buat kali yang pertama, kadar hormon estrogen itu tadi akan jatuh dengan mendadak sehingga menyebabkan fenomena yang digelar “pseudomenstruation”. Ini adalah sama seperti menstruasi atau haid yang dialami anak gadis atau wanita dewasa.

(**)Ramai para ibu yang bakal panik dengan keadaan ini, lebih lebih lagi jika mereka adalah ibu muda yang baru pertama kali melahirkan. Jadi, anda tidak perlulah terkejut apabila melihat ada tompok darah pada lampin bayi anda nanti.

(**)Keadaan ini normal dan berlaku kepada suku daripada rata-rata bayi perempuan yang lahir di dunia. Ia akan berlaku dalam tempoh tujuh hari pertama pada awal kelahiran bayi berkenaan.

(**)#6 Bayi Hasilkan Susu?

(**)Dah cakap tadi, oleh kerana kadar hormon bayi akan menurun dengan mendadak dek kerana “pseudomenstruation”, dalam masa yang sama ia juga boleh menyebabkan “galactorrhea”.

(**)Fenomena ini menjelaskan bahawa bayi juga berkemampuan untuk menghasilkan sedikit susu melalui puting payudara kecil mereka, tidak kisahlah bayi perempuan mahupun bayi laki-laki.

(**)Seperti “pseudomenstruation”, “galactorrhea” juga tidak berbahaya. Ia akan berlaku sekitar 5% ke atas bayi yang baru lahir dan mungkin berterusan selama 2 bulan. Jadi, jangan khuatir! Ia perkara biasa dan tidak ada kena mengena dengan perkara tahyul.

(**)#7 Bayi Minum Kencing Mereka Sendiri

(**)Bayi sudah mula membuang air kecil sejak dalam rahim ibu. Tapi, mana pergi semua bahan buangan itu? Bayi itu sendiri akan meminumnya!

(**)Lebih tepat, kencing itu sebenarnya telah bercampur dengan cecair ketuban yang berada disekeliling mereka dalam uterus ibu. Pada trimester ketiga kandungan, si janin akan menelan lebih kurang 1 liter cecair ketuban setiap hari!

(**)Memandangkan janin tidak perlukan hidrasi atau sebarang nutrisi ketika di dalam rahim, para pakar berkata ini adalah cara janin berkenaan belajar untuk menelan dan melakukan pencernaan. Ha, sebab tu janin cuba menelan cecair ketuban ketika dalam perut ibu!

(**)Jadi, kita ni sebenarnya pernah minum air kencing sendiri! Jangan tak mengaku pula ye? :)

(**)#8 Bayi Boleh Ingat Apa Yang Mereka Pernah Makan Semasa Dalam Rahim

(**)Walaupun bayi tidak boleh merasa garam. tetapi mereka masih boleh merasa makanan lain. Sejak dari dalam perut ibu, bayi sangat mahir merasa makanan bermula 4 hingga 5 bulan ketika dalam kandungan.

(**)Amniotic atau cecair ketuban dipercayai boleh menyerap rasa sebarang makanan yang dimakan oleh ibu mengandung. Oleh itu, ia akan mempengaruhi makanan kegemaran bayi anda itu nanti.

(**)Sebagai contoh, jika semasa mengandung si ibu gemar sangat makan bawang putih, lahirnya anak itu nanti, dia akan lebih terdorong untuk meminati makanan yang punya rasa bawang putih.

(**)#9 Bayi Berbulu Lebat!

(**)Ada jenis bayi yang lahir tanpa dilitupi banyak bulu dan rambut. Ada pula bayi yang lainnya, lahir-lahir terus banyak rambut dan bulu halus pada badan. Adakah ini sesuatu yang mengerikan? TIDAK.

(**)Sebenarnya semasa dalam rahim, bayi telah dilitupi lapisan bulu-bulu halus yang digelar “lanugo”.

(**)Pakar perkembangan kanak-kanak berkata, bulu-bulu itu sebenarnya berfungsi untuk menstabilkan suhu badan bayi ketika dalam rahim si ibu. Jadi, apabila kelahiran anda itu nanti ditumbuhi bulu halus yang agak lebat, anda janganlah risau. Ianya normal. Rambut atau bulu halus itu akan perlahan-lahan gugur dari masa ke masa dengan sendirinya.

(**)Jika bayi anda lahir tanpa sebarang bulu lanugo yang lebat pada permukaan kulitnya, boleh jadi ia telah pun gugur sebelum kematangan bayi dalam perut dan kata pakar lagi, sebenarnya… bayi anda yang telah memakan sendiri bulu lanugo tersebut! :)

(**)Selamat melahirkan untuk bakal-bakal ibu yang membaca!


EmoticonEmoticon