(**)Kemain lagi, zaman sekarang ni dah maju sangat. Kalau boleh, semuanya nak rakam dan viralkan kepada khalayak. Yang malu siapa? Hmm
(**)Jadi, ada baiknya anda lebih berhati-hati sebelum melakukan sesuatu perkara kerana orang sekeliling sentiasa memerhatikan anda. Berbalik kepada isu merakam itu tadi, penulis yakin, ramai di antara kita yang sering bergaduh menegakkan pendapat masing-masing melalui text ketika bertelingkah dengan pasangan, betul tak?
(**)Untuk pengetahuan anda, sebenarnya lebih banyak keburukkan yang akan anda dapat jika bergaduh melalui khidmat pesanan ringkas seperti SMS dan Whatsapp. Siapa yang suka bergaduh? Jika anda bergaduh secara bersemuka, sekurang-kurangnya anda boleh melihat reaksi wajah si lawan.
(**)Bergaduh menggunakan SMS atau Whatsapp sememangnya idea yang paling tidak masuk akal. Kalau boleh, elakkan. Anda mungkin akan terlepas cakap perkara yang tidak sepatutnya terhadap pasangan. Jadi, jika api dalam dada tengah marak, jangan teruskan diskusi melalui SMS atau Whatsapp. Apa yang boleh anda lakukan secara langsung adalah menelefon pasangan dan nyatakan bahawa anda dan dirinya akan berbincang kemudian demi mengawal keadaan.
(**)Jadi, apa 10 sebab yang anda tidak patut menggunakan khidmat pesanan ringkas sebagai perantaraan ketika bergaduh dengan pasangan?
(**)#1 Anda Tidak Tahu Reaksi Pasangan
(**)Jika menggunakan mesej, anda tidak dapat melihat wajah dan reaksi sebenar pasangan. Apa yang anda tahu, mesej terakhir anda kepada pasangan itu memang anda sengaja tujukan untuk membuat si dia rasa bersalah, walaupun sebenarnya anda tidak memaksudkannya. Anda pasti tidak akan berasa puas dan akan terus-menerus menghantar mesej kepada pasangan.
(**)#2 Nada Suara Tidak Dapat Dinilai Melalui Tulisan Mesej
(**)Meskipun tona suara tidak dapat dimanfaatkan ketika bermesej, anda sebenarnya boleh mewujudkan nada suara melalui penggunaan huruf besar mahupun tanda baca. Namun, kemungkinan untuk si penerima menyalah tafsirkan apa yang anda maksudkan adalah sangat tinggi. Mungkin pasangan akan menganggap yang anda cuba menyindir dirinya pula. Hati-hati.
(**)#3 Pertengkaran Anda Mungkin Dirakam
(**)Ingat, apa yang anda tulis dan hantar itu akan kekal berada di telefon pintar si dia. Ini bermaksud, selepas anda selesai melenting. Si dia akan merenung kembali terhadap semua lemparan kata-kata anda dan mula berasa tersinggung, atau mungkin berang? Yup! Jika dia hendak bertindak gila, dia berupaya untuk membuat cetakan skrin (print screen) terhadap mesej-mesej anda dan sebarkannya kepada umum. Siapa yang malu sekarang? “Kerana mulut, badan yang binasa”.
(**)#4 Anda Tidak Akan Perasan Maksud Sebenar Mesej
(**)Kala amarah sedang menghantui diri, anda selalunya tidak akan memeriksa dua kali apa yang anda tulis sebelum menghantarnya. Dan mungkin juga, kemudahan “auto-correct” bisa mengubah perkataan anda tanpa sedar. Ia secara tidak langusng akan mengubah maksud kata anda.
(**)#5 Anda Tidak Boleh Mengekspres Diri Menggunakan Mesej Pendek
(**)Mesej tidak berupaya memberi ruang kepada anda untuk menyatakan maksud hati sepenuhnya. Jika isu yang ingin dibincangkan serius, ada baiknya anda dan pasangan terus bersemuka dan bukannya berdrama melalui mesej. Paling tidak pun, anda boleh bercakap terus menerusi panggilan jika keberatan untuk berjumpa secara depan-depan. Berbalas mesej tidak akan menyelesaikan masalah.
(**)#6 Pergaduhan Akan Berlarutan
(**)Anda mesti perasan, jika anda dan pasangan bertengkar melalui mesej, ianya akan berpanjangan kerana anda sesama sendiri berbalas akan mesej-mesej yang membuatkan satu sama lain panas hati. Oleh itu, anda bakal rasa tidak puas. Apabila anda tidak puas meluahkan perasaan, ketika anda bersemuka dengannya nanti, anda pasti akan teringat akan tragedi lalu dan mula memarahi dia semula. Biasalah, anda mungkin memaafkan, tetapi tidak dapat melupakan.
(**)#7 Anda Tidak Tahu Siapa Lagi Yang Membaca Mesej Anda
(**)Anda tidak pasti samada teman lelaki anda sedang melepak bersama rakan-rakannya atau pun tidak tatkala sedang sakan bertengkar.
(**)Lebih parah jika teman lelaki anda bersifat terlalu terbuka untuk berkongsi dan memberi izin kepada rakan-rakannya melihat pertengkaran anda berdua. Ha! Bagaimana pula jika sementara teman lelaki anda ke tandas, rakannya yang tolong membalas bagi pihak teman lelaki anda? Habislah.
(**)#8 Anda Tidak Tahu Apa Yang Si Dia Sedang Lakukan Ketika Bermesej
(**)Si dia mungkin sedang kabut melakukan perkara lain, atau mungkin sedang fokus memandu ketika anda bertengkar. Jadi, dia tidak meletakkan perhatian yang sepenuhnya terhadap mesej yang anda sampaikan itu. Jadi, tiada makna pun jika anda bercakap apa sekalipun tetapi si dia tidak memahami dengan mendalam apa yang cuba anda sampaikan. Anda mungkin menyesal nanti.
(**)#9 Pergaduhan Itu Bakal Berakhir Secara Buta-Buta
(**)Mudah untuk menyatakan amarah melalui mesej kemudian berasa menyesal. Ketika sedang rancak anda bualkan tentang ketidakpuashatian anda kepada si dia, tiba-tiba dia mematikan telefon. Ah sudah, sekarang anda tidak punya peluang untuk berbaik semula secara teratur. Paling menakutkan jika si dia berubah hati dalam sekelip mata dan sudah tidak punya hati untuk anda. Oh tidak!
(**)#10 Tidak Semudah ABC Untuk Memujuk
(**)Tidak mudah untuk menamatkan pergaduahn mesej kerana anda tidak berpeluang menyatakan maaf secara bersemuka. Tidak dinafikan, anda boleh menghantar mesej “Sorry, I love You”, tetapi ia sebenarnya kedengaran tidak ikhlas. Berbeza jika anda berbaik secara bersemuka, itu lebih jujur.
(**)Selamat Beramal!
EmoticonEmoticon