Sunday, 29 May 2016

FESYEN MUSLIMAH MODEN GAYAKAN SKIRT LABUH

Tags


(**)Skirt labuh dahulunya mungkin kurang diminati kerana suatu ketika dahulu dianggap ‘kuno’ oleh sesetengah peminat fesyen. Namun kini tidak lagi, rata-rata muslimah di ibu kota khususnya Kuala Lumpur menggayakan trend skirt labuh ini dengan pelbagai gaya menarik sekali.

(**)Skirt Kembang Cotton – Potongan skirt kembang ini lebar dan besar. Si pemakai akan berasa selesa kerana dapat melangkah luas. Kebiasaanya, skirt ini dibuat dengan potongan ‘A’. Hanya mengenakan baju T-Shirt, si pemakai akan tampil anggun sepanjang hari.

(**)Skirt Lycra – Bagi yang meminati material lycra, pastinya mengetahui kain jenis ini mempunyai tekstur lembut, licin dan sejuk. Penggunakaan skirt jenis lycra ini memberi kesan lebih dramatik kerana teksturnya yang melekat dan jatuh. Si pemakai akan tampak lebih feminin apabila menggayakan skirt jenis ini. Namun, bagi mereka yang dikategorikan sebagai bertubuh gempal, seharusnya pemainan warna untuk material jenis lycra amat penting bagi memberikan kesan kurus kepada si pemakai.

(**)Skirt Tutu – Skirt jenis ini menggabungkan material kain yang jarang berunsur net. Skirt jenis ini kebiasaanya diberi sentuhan lining untuk memberikan impak yang menarik kepada si pemakai.

(**)Skirt Kembang Satin – Fabrik satin mempunyai jenis kain yang kelihatan berkilat. Cantik bukan?. Namun pemilihan warna harus betul untuk menggayakan skirt jenis berkilat ini, Ini kerana dengan bantuan sinaran dari sekeliling, sesetengah pemilihan warna skirt tersebut nampak murah dan ‘kampung’.

(**)Skirt Chiffon – Penggunaan fabrik chiffon tidak hanya terhad kepada penggunaan shawl sahaja. Kebiasaannya skirt jenis ini digayakan dengan penggunakaan baju yang juga dari material sama. Chiffon yang mahal akan memberi impak yang lebih menarik kerana berat kain itu akan mengalunkan skirt jatuh dengan lebih tersusun.


EmoticonEmoticon